Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Setiap pasangan suami isteri pasti menyimpan impian untuk menimang cahaya mata bagi menceriakan bahtera perkahwinan. Namun tidak semua pasangan bertuah untuk memperoleh anak sebagaimana yang diimpikan. Suatu masa dahulu bila perkara seperti ini terjadi, wanitalah yang sering dipersalahkan. Namun kini telah wujud kesedaran bahawa kegagalan mendapatkan anak boleh juga disebabkan oleh masalah yang disebabkan oleh kaum lelaki dan bukan wanita semata-mata. Faktor gaya hidup dan persekitaran merupakan antara penyebab yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Tahukah anda bahawa ada tujuh perkara yang harus kaum lelaki hindari jika mereka ingin mempunyai anak. Antaranya ialah:
Mandi Air Panas / Sauna
Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi, iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh.Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma.
Berbasikal
Kajian yang dilakukan oleh University of Southern California membuktikan bahawa tekanan secara terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada zakar. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.
Tekanan (stress)
Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan kadar kualiti sperma yang dihasilkan menurun.
Kemalangan di Tempat Kerja
Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di Montreal, Kanada.
Ubat-ubatan Tertentu
Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani pada fungsi seksual.Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.
Merokok
Penelitian-penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok akan menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Anda digalakkan untuk menghentikan kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.
Makanan Yang Tidak Sihat
Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk menjadi seorang ayah.
16 comments:
Berusaha dan berdoa adalah senjata terbaik utk mendapatkan apa jua...
panduan berguna.. ^_^
Yg merokok tu sy sgt2 setuju
tips yg baik ni.. semoga ianya memberi manfaat utk org lain juga..
info bagus ni
thanks dear =)
tips berguna tu..
tips bagus utk kaum lelaki~moga dimurahkan rezeki dgn anak2 yg ramai!
6 daripada 7 memang saya tak amalkan kecuali yang terakhir iaitu tidak terlalu ambil berat dalam bab pemakanan. main belasah & sangat suka makanan. badan cepat sangat naik setelah berhenti merokok 4 tahun lepas.
lelaki yg suka ambik gambar sendiri ada dalam senarai tak?
hehe
bagus tips ni....
tips berguna...
akak doakan moga amy dan suami cepat di kurniakan cahayamata ya...
alamak sy naik beskal racing..tp x pa ..dh ada anak 3 :)
good info!!
Assalam Amy..
info yg bagus cuma sedikit keliru dgn fakta pasal merokok tu
" Merokok
Penelitian-penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok akan menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok."
-> rasanya lelaki yg merokok akan menghasilkan sperma yg KURANG dari yg tidak merokok...kalau menghasilkan lebih sperma mcm menggalakkan merokok je tu kan??..entahlah mngkin saya silap faham kot..
good info..
thanks sayang
byk unsur yg boleh buat benih tak subur kan....
Post a Comment