1. Menangguhkan datang Haid
- Untuk sesuatu tujuan saperti pergi Haji atau Umrah , bila makan tablet Norculut dari mula hingga akhir , ia membolehkan wanita buat amal ibadat saperti solat, wukuf diarafat dan buat umrah dalam seluruh tempoh waktu ia ditanah suci.
- Ada juga yang ingin berpuasa seluruh bulan ramadan tanpa diganggu haid. Norculut boleh tangguhkan haid sampai ke hari raya.
- Ada juga yang ingin tangguhkan haid kerana ia akan bernikah, atau ia ingin berbulan madu diluar negara.
- Ada pula yang ingin tangguhkan haid untuk menghadapi ujian atau peperiksaan atau temu duga untuk satu jawatan penting dan jika ia sedang haid ia akan mengalami senggugut yang amat teruk, sakit kepala , muntah² dan lain² gejala. makan norculut boleh tangguhkan haid selama kita mahu tanpa apa² kesan sampingan.
2. Untuk rawatan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

Rawatan terbaik untuk penyakit² tersebut ialah pembedahan untuk buang cyst dan ketumbuhan serta membetulkan kedudukan rahim jika ia retroverted ( jatuh kebelakang kearah tulang tonking). Tetapi jika seseorang enggan bedah kerana mungkin pernah dibedah sebelum ini atau atas sebab² peribadi, pilihan lain ialah ubat norculut yang dimakan secara terus menerus selama 3, 6 atau 9 bulan. Ketika makan norculut pesakit tidak datang haid tapi tidak hamil. jika ia mahu hamil, berhenti ubat lepas 3 bulan dan cuba hamil selama 3 bulan. Lepas makan norculut dan berhenti, pesakit akan mengalami 'rebound fertility'.
3. Merawat 'hormon imbalance' Prenstrual tension (PMS) dan menopos.
Norculut digunakan untuk berbagai masalah wanita. Pada wanita yang sering mengalami kitaran haid tidak teratur, perdarahan tidak tentu masa dalam kitaran haid, norculut boleh digunakan untuk membetulkan kitaran haid.Begitu juga bagi mereka yang mengalami gejala² PMS saperti migraine, loya, bengkak kaki , moody dan lain². Norculut boleh juga digunakan sebagai hormon gantian pada wanita menopos.
Rawatan Kesuburan
Dalam beberapa situasi norculut digunakan, saperti bagi pesakit PCOS yang tidak datang haid, norculut diberikan selama 7 - 10 hari, haid akan datang 3-4 lepas habis norculut. Bila haid bermula, ubat subur clomid bolih mula di makan pada hari ke 2-3 haid. Jika ia hamil sedang makan norculut, ubat ini ada kesan menguatkan kehamilan dan tiada kesan sampingan kepada janin.
Ada kalanya haid tidak keluar sebab karung telor (follicle) tidak pecah sewaktu penetasan berlaku dan ia menimbulakan tumbuhan follicular cyst yang biasanya memengadungi air, rawatan dengan norculut 2 biji sehari selama 20 hari boloh memecahkan cyst tersebut tanpa kesan sampingan.
Bagi mereka yang tidak subur sebab 'corpus lueal defects' disebabkan kurang hormon progesterone, duphaston atau norculut bolih diberikan mulai hari ke 20 selama 7 - 10 hari.
Dos Norculut dan jangka masa makan ubat.
Untuk kebanyakan situasi yang di nyatakan diatas, dos norculut ialah 2 biji (10 mg) dimakan 2 kali sehari selama tempoh yang diperlukan, saperti 40-50 hari untuk pergi haji, 10-20 hari untuk umrah, Jika berlaku perdarahan walaupun mengikuti dos yg dicadangkan, tingkatkan dos dengan makan 3 -4 kali sehari sehingga perdarahan berhenti dan teruskan makan 2 kali sehari sampai pulang ketanah air.

Credit to Dr.Hamid Arshad
11 comments:
banyak kelebihan rupanya
tak tahu pun pasal ni...pengetahuan baru ni...;)
oh...ilmu yg berguna untuk kaum wanita...tq kongsi!!
Uishh! Seram gak fungsi ubat nie ye? Sy takut ada kesan sampingan....
ratu tau psl ubat ni masa first time inject perancang n darah period overdose.doc bg pil ni utk stopkan darah.start tu baru tau wujudnya pil ni.skang mmg akan makan kalau nak puasa ramadhan...dan time suami balik cuti msia... :)
Norculut? bunyinya agak lucu :))
Pengetahuan baru, kalau tak kak aina pun tak tau benda ni.
tq :)
thanks for the info
thanx sharing dikk
mula baca tuu x paham ;)
saya juga memakai norculut, bagus sekali tiap bulan saya bisa datang bulan lancar
Post a Comment