Jan 16, 2012

Mengapa saya pilih ungkapan ‘Mampus Umno’?



Sekadar perkongsian... 

Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…

Ini jawapan spontan saya….

Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...

901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..

Saya katakan…diik, ini realiti mad'u kita....kita memimpin rakyat...bukan memimpin para alim ulama....

Wording "Mampus UMNO" tu expresi spontan...daripada para jiwa yangg sudah lazim dizalimi Regim UMNO BN.... Peliknya…. bila kita guna perkataan Mampus UMNO ramai yang marah dan pertahankan atas uslub dakwah katanya....

Saya tak nafikan…saya antara yang komited memperingati Muslimat dengan Surah An Nahl : 125 dalam keadaan situasi dakwah yang biasa.

Pada hari itu, suasana dakwahnya berbeza. Di keliling saya adalah Wanita-Wanita Pemberani…yang biasa "bertempur" dengan Kezaliman Regim.

Ekpresi kebencian rakyat. Benarkah kita semua kisah pada nasib rakyat yang telah dizalimi? Ekspresi saya yang juga biasa menjadi mangsa kezaliman Regim di sebalik tirai besi lokap…..

Nasib kami yang menjadi habuan dan makanan Regim? Yang komen dan marah barangkali bukan yang dizalimi, melalui pengalaman sepertimana kami. Kami menjiwai keperitahan di bawah Regim kerana kami yang dipukul, yang diterajang, yang dimandikan dengan air berkimia, yang dikepung dengan gas-gas pemedih mata berulang kali, yang dikurung berjam-jam dalam lori polis dengan niat jahat, dijerkah, ditakut-takutkan untuk dirogol ketika berada di dalam lokap tiga hari dua malam dan lelaki-lelaki bertubuh sasa dan bermuka bengis mendatangi pintu-pintu lokap kami....ada siapa tahu...ada siapa ambik tahu...ada siapa kisah....

Nah...sampaikan semua ini kepada para pejuang di sana...kepada adikku para Muslimat....kepada adikku para Pemuda….yang tidak mengenali kekanda-kekanda mereka sendiri dalam perjuangan…sehingga barangkali fitnah dan umpan musuh mudah melekat….atau apa sahaja….mereka tetap adik-adik kami dalam perjuangan…sekalipun mereka memilih tidak bertanya tetapi terus mengikut rentak yang direbanakan musuh…

Ekpresi kami yang dibiarkan kelaparan... ekpresi kami yang pernah dibiarkan hypo dalam tahanan sehingga tidak upaya bangun melangkah sehinggalah dua tiga orang sahabat datang melawat membawa air manis dan bertenaga…...

Ekpresi kami yang dibiarkan tidur di atas simen yang sejuknya mencengkam ke tulang hitam....

Ekpresi kami yang ada ketikanya dibiarkan tidur di atas lantai simen...berbumbungkan langit dan berselimutkan embun dingin pagi...

Semua ini bukan cerita buku atau ceritera penglipurlara....tetapi kisah benar kami....

Nah...Regim UMNO yang membibitkan rasa benci dan marah kami....Regim zalim ini…tiada ungkapan yg benar-benar ana mahu laungkan melainkan "Mampus UMNO" pada ketika itu. UMNO - Pertubuhan Regim. Saya langsung tidak tujukan pada orang atau individu UMNO. Tapi Pertubuhan zalim itu….

Nah….sekadar ekpresi dari jiwa-jiwa kami yang masih sedang diadili dengan tuduhan dan saksi fitnah.

Kalau itu salah….dan menyebabkan ada yang terguris dan simpati kepada UMNO….maka apa lagi yang mampu saya kata…Cukuplah Allah dan Sahabat-Sahabat Perjuanganku yang mukhlis dalam ukhuwwah ini….

Tentu mereka mengerti….. MAAF JUA.

*Tulisan ini dipetik dari Facebook Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, dengan keizinan beliau. Utusan Malaysia semalam mendakwa bahawa gelagat Muslimat PAS di himpunan 901 cukup "memalukan".




12 comments:

Ckin Kembaq said...

nak amik ni akak..Allah..tak tau...

Nasir said...

perjuangan penuh berliku!!!

Fariza said...

mana2 parti ada kelebihan dan kekurangan.

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

sesiapa bebas dalam memilih parti politik mereka dan ideologi mereka. itu hak mereka. hak demokrasi. dan hak yg telah termaktub dalam Perlembagaan.dan bagi saya, kepimpinan parti tu ada silap salahnya. maklumlah kita tak lari drpd melakukan kesilapan.dan dlm hal berpolitik, tidak perlu taksub dan obses serta ekstrem dgn hanya menghentam sesuatu parti sahaja. lbh elok ditegur semua. tak kira UMNO, PAS, PKR. semua dari kelompok yg sama dahulunya. tapi ideologi mereka berubah sbb tak selari pendapat. dan jika benar ada kesalahan ditegur secara berhemah. guna saluran diplomasi. dan yg mana yg baik diambil dan mana yg buruk ditolak dan dibaiki. :)

eB said...

:)

munna said...

BAB2 POLITIK NI MMG KAK MUNNA TAK RETI...

Si BuDaK KaChAk said...

xminat dengan politik....sbb politik la timbul pergaduhan...masing2 ade wat salah tp tak ngaku...

Unknown said...

harapan sy agar PR dapat merampas Putrajaya

eelobor said...

2 x 5

zulkbo said...

salam..
ermm..marah la orang Umno
kalau baca nanti tajuk nih..
:)

Unknown said...

hanya mampu senyum..

Sheherazade said...

tidak mudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign