Bahan
* 400 gram udang besar
* Sedikit serbuk kunyit
* Sedikit garam
* 1 sudu makan tepung jagung
* 1 labu bawang besar
* 1 biji cili merah
* 3 ulas bawang putih
* 3 sudu makan madu (bancuh dengan 2 sudu makan air)
* 2-3 biji cili api (diketuk)
* 1 sudu makan sos cili
* 1 sudu makan jus lemon/limau kasturi/limau nipis sedikit daun ketumbar (dihiris)
* 1/2 sudu makan kicap pekat
Cara²nya
1. Gaul udang bersama serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Perap selama 10 minit. Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar bersama cili merah dan bawang putih.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar hingga garing.
4. Masukkan madu, kicap dan sos cili kemudian kacau sedikit
5. Masukkan cili api dan daun ketumbar. Selepas kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul hingga mesra.
6. Angkat dan hidangkan.
Cara mengopek dan memasak udang
* Pegang belakang badan udang, keluarkan lapisan kulit pada bahagian kepala.
* Buang setiap bahagian bawah misai dan insang udang serta matanya.
* Pegang hujung ekor udang dan picit, kemudian kupas bahagian kulit dari bawah dan ke atas.
* Buang bahagian ekor.
Fakta
* Udang tidak perlu dimasak terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan isinya hancur dan hilang rasa udang sebenar.
* Cukup sekadar mencelur udang ke dalam air panas.
* Perahkan limau atau lemon pada udang untuk dimakan begitu saja.
19 comments:
Mintak copy resepi yer...
sedapnya
TERLIUR makk tau. hehehehe
yummy
boleh di choba ni.. lagipun udang is my feveret
teringat amy dpt udang byk hehe
yum2
alorh2 lapoor lah pulakk dik wehhh huhuh
nyum nyummmmm
Kebetulan masa kakcik buka blog Amy, kakcik juga buka blog CMG. Konfius kakcik kejap ingatkan CMG dah tukar layout blog dia. :)
Udang tu nampak sedap. :)
sekarang ni nak cari udang besar kemain payah~~haih~~
terliur menengok udang yg besar gebus itu
tunggu ambo kelik kappom, pah demo massok ajok kawe make deh
wow..udang..udang.. sedapnye!
ok dah siap copy resepi ni tq sis hahah
sodap ni..
sedapnya ..kak munna nak copy resepi Amy ye...
sedap2 nampak..lau copy leh x
saya pun nak copy.... mesti sedap ni... sebenarnya... badan gatal makan udang tapi ada saya kesah... hehehehe
terlior sy dibuatnya
suka lauk cm ni tp tu la ssh sket org yg ada resdung ni
Post a Comment