Salam hari Isnin semua..
Hari nie aku nak kongsikan satu artikel yang mane aku telah copy dari Sinar Harian.Kisah seorang anak yatim yang perlukan kaki palsu. Kalau kita baca artikel ini ia sangat menyedihkan dan akan timbul perasaan simpati dan kasihan.Tapi di sebalik artikel ini tersembunyi sesuatu yang anda semua perlu tahu...
Jom baca hanyati kisah ini selanjutnya...
SUNGAI LALANG – Seorang anak yatim bukan sahaja terpaksa dipotong kaki kiri dua tahun lalu tetapi turut berhadapan pelbagai masalah apabila disahkan menghadapi penyakit buah pinggang dan perlu melakukan rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) setiap empat jam sekali.
Sharifah Atikah Syed Fisol, 16, seorang yang aktif dalam kelas mahupun menjalankan aktiviti luar, namun dia melalui saat sukar dalam hidupnya apabila disahkan doktor kuman dalam badannya merebak akibat kecuaian pihak tertentu dua tahun lalu.
Dia yang juga kematian ibu berkata, sejak itu, dia tidak lagi bersekolah memandangkan sering berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Lebih malang, apabila kaki palsu yang dimilikinya sebelum ini tidak mampu lagi dipakai memandangkan otot kakinya sudah tidak serata selepas menjalani pembedahan kali kedua tahun lalu.
Kakaknya, Sharifah Nuzaihan, 29, berkata, adiknya baru sahaja dibenarkan pulang kerana banyak menghabiskan masa di hospital termasuk berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani sejak Oktober 2009.
Menurutnya, keluarga bersyukur apabila Atikah dibenarkan pulang beberapa minggu lalu namun dia perlu melakukan CAPD di rumah setiap empat jam.
“Namun apa yang menjadi masalah bagi kami adalah untuk mendapatkan kelengkapan peralatan membuat CAPD termasuk drip stand, meja/kerusi plastik, alat penimbang, tempat tisu, mesin BP dan plaster (tegadem),” katanya.
Menurutnya, bagi merawat Atikah, banyak wang digunakan dan kini memerlukan sokongan kewangan dari mana-mana pihak untuk membantu dari segi kelengkapan rawatan, kos ulang-alik mendapatkan rawatan serta mendapatkan kaki palsu baru buat adik kesayangan.
Selain itu, Nuzaihan juga menjelaskan, dia sendiri perlu berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur kerana sedang melakukan ujian pemindahan buah pinggang untuk didermakan kepada Atikah.
Sementara itu, bapa mereka, Syed Fisol Syed Salim, 53, seorang pesara kerajaan menjelaskan Atikah memerlukan sebuah bilik khas dengan suhu bersesuaian.
Sementara itu, bapa mereka, Syed Fisol Syed Salim, 53, seorang pesara kerajaan menjelaskan Atikah memerlukan sebuah bilik khas dengan suhu bersesuaian.
“Buat masa ini semua kelengkapan yang diperlukan masih lagi kekurangan dan kami perlukan bantuan orang ramai supaya Atikah dapat menjalani rawatan dan hidup seperti remaja lain,” katanya.
Bagi sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi talian 019-5441446 atau melalui akaun Maybank (107117704513).
Sinar harian
Bagi sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi talian 019-5441446 atau melalui akaun Maybank (107117704513).
Sinar harian
*****************************************************
Tersentuh tak hati anda semua apabila membaca artikel ini. Aku yakin ramai rakyat Malaysia yang perihatin setelah membaca artikel ini...Aku tegaskan di sini , sila buang perasaan kesian atau simpati anda itu jauh² kerana perempuan yang bernama Syarifah Nurzaihan Bt Syed Fisol ini yang merupakan kakak kepada yang memerlukan kaki palsu itu adalah seorang PENIPU besar. lebih 80% pengguna FB telah di tipu..Mangsa penipuannya adalah dari pelbagai golongan.Apa yang telah di tipu , nantikan akan aku postkan di entri seterusnya...
Aku juga akan sertakan gambar si PENIPU ini agar tidak ada di antara anda semua yang turut sama tertipu..
14 comments:
duit oh duit
tertunggu gambar si kakak
bab mcm ni pn dia blh tipu noo....
dunia2....
wahh betul ke penipuan nak tau gak smbungan nye..bce artikal tu mmng menyayat hati..betul2 x sngka..
http://narumiaida.blogspot.com/
Tak sangka ada jugak manusia berhati kotor macam nih...
macam2 cara nak menipu nie
Assalamualaikum Amy
macam2 sekarang ni nak menipu yer...
ini menyebabkan orang yg memerlukan betul2 nanti, payah pula mohon bantuan...
terima kasih Amy
ayoyo..betul ke itu mcm,baca ntry tuh mmg sedih sgt2...
tp kalu betul menipu,mmg pandai la si penipu itu...
kureng je tipu2...haish..pastu macam na nak make sure tak kena tipu ni?adeh
ada juga yg suka ambil kesempatan mcm ni.... tak sabar nak tahu apa yg di tipunya...boleh juga buat ingatan pada kak munna dan org lain
uishh biar benar .. pelik sbb macam mana leh masuk sinar kan .. selalunya sinar nie malporkan berita yg wartawan dia tahu sendiri atau pergi siasat dan buat liputan sendiri .. hemmmm
macam2 dunia skrg
thanx amy sbb sudi kongsikan bersama kami disini .. x sabar nak tahu kisah selanjutnya ;)
penipuan??
sambung..sambung..
lor, nih kesnyer. hmmm
1st time dengar si penipu.
Post a Comment