SEKSI! Bile sebut perkataan seksi je pasti golongan wanita akan di kaitkan dalam hal ini. Padahal golongan lelaki juga ada di klasifikasikan sebagai seksi. Seksi dari segi pemakaian , seksi dari segi penampilan dan seksi dari segi percakapan...Tapi hari nie aku nak cerita mengenai seksi yang menyakitkan..
Selalunya gelaran seksi ini sangat senonim dengan golongan wanita.Ini kerana wanita sanggup lakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian kaum lelaki bagi menampakkan diri mereka cantik dan seksi walaupun ia sebenarnya menyakitkan. Inilah di katakan seksi tapi terseksa...
Perkara yang sering di lakukan wanita untuk menampakan seksi yang menyakitkan...
Berpakaian ketat dan terdedah
Pakaian ketat dan terdedah yang menampakkan susuk tubuh , bukan sahaja nampak seksi malah ia juga boleh memudaratkan diri seseorang.Apabila kita berpakaian ketat , kulit kita sukar untuk bernafas dan apabila mengeluarkan peluh , pengaliran udara yang tidak sempurna pada kulit , terutamanya pada vagina mahupun payudara wanita boleh menyebabkan jangkitan kuman.Ingat selain berpakaian dedah itu haram ia juga boleh merosakkan kulit yang terkena sinaran uv..
Kasut tumit tinggi yang menyeksakan
Berkasut tumit tinggi yang kononnya dapat menyerlahkan lagi penampilan wanita sebenarnya akan mengundang padah pada diri.Wanita yang sering memakai kasut tumit tinggi akan mengalami penyakit seperti tumit merekah , sakit belakang dan sakit pinggang.Untuk menampakan diri cantik dan seksi mereka sanggup ketepikan semua itu.Tapi harus di ingat wanita yang sering memakai kasut tumit tinggi akan berdepan dengan masalah keguguran rambut dan sukar mendapatkan anak...jadi cuba elakkan dari kerap memakai kasut tumit tinggi...
Mangsa si penggila seks
Perkara ini tidak perlu di jelaskan lagi kerana ia umpama mengumpan si penggila seks yang gersang untuk menerkam anda bila² masa sahaja.Jadi jangan salahkan orang lain kalau terjadi sesuatu yang tidak di ingini tapi salahkan diri sendiri kerana menghidangkan santapan yang sepatutnya di sembunyi...
Pembedahan plastik
Sesetengah wanita sanggup melakukan pembedahan untuk mengubah anggota badannya , hanya semata² ingin kelihatan seksi dan menarik..Tapi harus di ingat , semua pembedahan plastik ini mempunyai kesan sampingan samaada jangka masa yang panjang mahupun singkat.Jadi janganlah merubah ciptaan Allah kerana ciptaanNya adalah yang terbaik untuk kita.
Seksa di akhirat sana
Terakhir sekali dan yang paling pasti , jika anda ingin seksi di dunia kelak anda akan seksa di akhirat. Peliharalah aurat anda...Tutuplah aurat dengan sempurna...
Note: Tuan rumah berada di hospital ketika ini untuk membuat pemeriksaan... kunjungan akan di balas sekembalinya aku di rumah nanti....
11 comments:
yg lelaki pulak???
kakcik hairan tengok ada pelakon yang berpakaian (dalam drama) kononnya menutup aurat tapi pakaian yang disarung adalah sangat ketat sampai macam susah nak bernafas!
memang takut kena siksa..sentiasa cuba baiki diri..Jaga diri amy..
hahaha... betul2.. kita sesama pompuan pun akan terdetik..eyh seksinya... inikan pula mereka bernama lelaki.. Saya suka flat shoe.. Tp heels pakai gak kalau ade event :)
mmg btl pon,thanks mengingatkan :)
take care ya
salam,
buat pemeriksaan apa tu?
org perempuan ramai yg sanggup seksa sbb nak nampak cantik..hehe..
Seksa kat dunia takpe lagi. Bab seksa kat akhirat esok yang pedih tu...
huhuhu~~~
nauzubillah...
sbb dlm otak depa cuma ingat: seksi itu cantik..biar la terseksa asal nmpk cun n menggodazzzzz
suka tarik perhatian ramai kot...
tak suka tgk perempuan seksi2 ni. seksa mata jadinya... lagi2 kalau perempuan tu dah jadi isteri org, suaminya tak nak tegur ke?
Post a Comment