Dec 14, 2010

SUAMI DAN ISTERI CURANG MANE LAGI BERDOSA



As'salam...

Baca tajuk je dah cukup buat aku seram dan takut.. kalau boleh minta di jauhkan la dalam kehidupan kita.. kes nie terjadi kepada seorang wanita nie.. dia sudah berumahtangga selama 15 tahun dan telah di kurniakan seorang anak luar nikah hasil perhubungan dia bersama suaminya sekarang... jadi di pendekkan cerita wanita ini telah berkahwin kerana sudah terlanjur semasa usia belasan tahun .. selepas melahirkan anak yang tidak berdosa itu , keluarga kedua belah pihak mengambil keputusan untuk memberikan anak itu kepada waris terdekat kerana memandangkan si ibu masih terlalu muda untuk membesarkan anak kecil itu...

Hari berganti hari , bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun tapi mereka tetap tidak di kurniakan zuriat... sehingga la usia perkahwinan mereka mencecah 10 tahun si suami dah mula pandai bermain kayu tiga dengan menjalinkan hubungan dengan isteri orang.. pelbagai cara wanita itu lakukan untuk memutuskan hubungan mereka , sampaikan dia sanggup berjumpa dengan suami wanita simpanan lakinya tue tapi sia2 belaka..

Semakin hari wanita itu semakin memendam rasa sehinggalah dia mengambil keputusan untuk tidak mahu memikirkanya lagi..sudah habis cara dia lakukan tapi semuanya sia2 saje... pada satu hari tue wanita nie telah di datangi seorang lelaki .. dari perkenalan biasa sampailah hubungan yang serius..lelaki itu pulak laki orang dan mempunyai 6 orang anak.. keje pun sebagai security guard di salah sebuah kilang berhampiran dengan rumahnya..hubungan mereka semakin intim sehinggalah berlaku perkara yang tidak di duga..faham2 je la erk!!!!

Actually story nie story benar dan aku sangat memerlukan pendapat korang...wanita nie aku kenal tapi x de la rapat mane pun cume semalam tiba2 dia muncul dalam hidup aku.. dia telifon aku minta bantuan kewangan dia nak pinjam duit RM1000.00.. kalau korang kan x kenal mane tiba2 nak pinjam duit mesti korang was2 kan jadi aku tanya la dia nak buat apa dengan duit tue.. pada mulanya dia x nak cerita tapi selepas di tekan banyak2 kali akhirnya dia ceritakan juga..dia memerlukan wang untuk mengugurkan kandungan yang dah mencecah 4 bulan.. masalahnya sekarang aku tak bagi kata putus apa2 lagi cume aku minta masa untuk aku bincang dengan en.hubby dulu...even duit aku sekali pun kalau en.hubby x benarkan aku x boleh buat apa2..

Malam tadi aku bincang la dengan en.hubby dan en.hubby menasihatkan aku supaya jangan sesekali masuk campur benda2 macam nie kerana aku akan di kira bersubahat...kesian macam mane pun jangan sesekali tolong.. so sekarang nie aku jadi serba salah macam mane nak buat.. kalau boleh aku x nak dia gugurkan kandungan tue even dia terpaksa berdepan dengan masalah yang lebih besar..korang rasa patut ke aku ceritakan dekat family dia atau ada cara lain x untuk aku bantu dia..aku x nak kalau aku lepas tangan nanti dah pasti bertambah lagi gejala sosial yang melibatkan bayi...tolong aku kawan2 apa patut aku buat untuk selamatkan mereka dari terus menambah dosa...x sanggup dah aku lihat anak2 adam terus bergelumang dengan dosa...




p/s : Aku x pernah bercakap kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari aku tapi bab2 macam nie buat aku hilang dah rasa hormat.... geram sangat!!! kenapa perlu di ulang kesilapan lepas tambahan pulak awak tue isteri orang..bukan isteri orang pun x boleh buat macam tue berdosa..pelik betul la dunia.. dunia...











29 comments:

Sheherazade said...

salam

btl3..mintak dijauhkan..Amin

takut

InaYusoff said...

zaman sekarang..
dah tak kira jantina..
dulu yer la orang salu cakap lelaki yang seringkali curang..
tetapi zaman sekarang..
sudah jadi perkara biasa bila wanita pon turut curang sekali..
tapi jangan kita yang melakukan sudah ler...

Sricahaya said...

suami dia tahu tak yg dia mengandung anak org lain? apa reaksi suami dia..?

eima said...

nape tiap kali die buat mende tak elok tuhan slalu je bg rezeki(anak) kat die...

memula zaman belasan tahun tu .. pastu skrg nih ...
tak leh ke die ckp tu anak die ngan laki die ... nape sampai nk gugurkan ...

dosa suami curang tak seperti dosa isteri curang .. tak cium bau syurga ....

minta2 menda cam ni tak terjd dlm kehidupan aku ...

nasihat aku : kau jgn tolong die buat mende tak elok tuh ... hukum die berdosa sbb ko subahat ...ko bg pinjam seolah² ko yg bunuh baby tuh ....

Unknown said...

alamak! berat kes nih..tp rasanya mmg elok kalau tak bg dia pinjam duit tu. mmg dh kira subahat nnt. slow talk la dgn dia dan serahkan lain2 keputusan kt tangan dia utk dibuat. dia pon sepatutnya dh matang utk pikir apa yg patut kot..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Ya Allah.. susahnya nak jawab..
To me, tak perlu tolong untuk menggugurkan kandungan tu. Budak tu tak bersalah pun... kesian baby tuh... :(

Untuk baiki keadaan, better nasihatkan dia supaya berterus terang dgn keluarga..

Normaliza said...

sama yang terjadi kat opis saya ni. kalau dibiarkan dikira bersubahat. kalau tegur dikata kurang ajar..serba-salah jadinya kan

Miss PIJAOSIX said...

salam..

rase nye kalau wang yang dipinjam untuk mengugurkan kandungan, rasenye kalau diberi pinjam kite akan di anggap bersubahat. Baik tak payah..

Baik lelaki atau perempuan, kalau dah melakukan zina tetap di kire berdose..walahualam..

::FAIZ:: said...

ni La Dunia..... huhu

sarah-najwan said...

betul tu amy..mcm hubby you ckp
toksah campurlah..

kwn tu dah ada anak pinak dan dia jugak ada keluarga dan sedara mara kan..

better dia pi bgtau keluarga dialah lagi baik..

pendpt akaklah..

ozzy said...

salam Amy...

Saya juga sependapat dgn suami amy..lebih baik jgn masuk campur
Jika nak hulurkan bantuan bantulah pada yg benar2 memerlukan.
Perlu diingat kita juga akan dianggap bersubahat & sama2 menanggung dosa.

AngahSayang2314 said...

zaman sekarang nie amy tak ada yg muskil.... pasti betulnyerrr

KakD said...

salam,
berat sungguh kes nih.Kalau boleh awak bincangla dulu dengan suami macam mane. kalau suami setuju untuk bantu baru la di bawak berbincang dengan family wanita tersebut. Kesian jugak kat wanita tuh.

terima kasih. Mudahan kite dijauhkan dari terjadi perkara2 macam ni.

sahromnasrudin said...

as salam sahabatku amy, perkara diatas tersangatlah berat pada pandangan saya kerana ia melibatkan urusan rumahtangga orang..sewajarnya kita sama sekali tidak mencampurinya..betul kata en suami awak tue..saya cadangkan dia pergilah ke pejabat kadi atau berjumpa kaunselor berdaftar...

Bee said...

as-salam baik jangan bagi duit tu sebab dah tau dia nk gugurkan bayi kan..nanti awk pulak bersubahat tau..dan langkah terbaik beri tahu jer keluarga dia..bee pernan ada sorang kawan mcm ni..,memang lah susah nak telan benda pahit tapi biar pahit sekarang dr pahit kemudian..biar keluarga dia buat keputusan mcm mana...hishh dah jd mak orang pun buat perangai mcm mana nk tunjuk contoh kat ank2 nih..

Sarah Syazwani said...

btl kata hubby amy tu..terus terangla ng dia..bkn ke nk gugurkan tu sama hukumnya dengan membunuh..kesian bby x berdosa tu

Fazleyatul Aini said...

doa2 lah semoga perkara2 yang x di ingini di jauhkan dari hidup kita
amin

eelobor said...

gugur??? saya dah lama nak menambah zuriat, tapi belum ada rezeki.

malu kerana dah terlanjur? tak reti nak komen sebenarnya, sebab tak terkata.

aibaks said...

tul gak tu cadangan mr hubby tu...

ieda said...

ermm inilah dunia dikk .. pelik tgk perilaku org kan . x nak insaf .. entahlah ..
kalau akak di situasi adik .. mintak dijauhkan kenal dgn org mcm nie .. bukan apa .. x tolong salah .. tolong salah .. buat kita serba salah .. jalan terbaik yg akak nak cadangkan adik citerlah kat family dia .. sekurang2nya family dia tahu dan kalau apa2 terjadi pada dia .. kita x rasa bersalah sbb buka kita jer yg tahu masalah dia .. biar keluarga dia sama2 tahu ..

harap ianya dpt membantu adikk

Anonymous said...

salam

kita pon same pendapat dgn hubby
awak... tak perlu tolong org mcmtu...

mmg niat awak tu baik tapi buat
baik berpada2... kesan akibat
sangat la besar...

MY HEART said...

Semua tu adalah dugaan dari Allah. Mana ada manusia yang nak pekara buruk berlaku pada diri masing-masingkan. Selagi kita bergelar manusia selagi tu kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan, 'nobody its perfect'.

nasihat pada dia, redho dengan dugaan Allah dan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. pasal duit tu terpulang pada Amy, kadnag-kadang tak salah membantu orang yang dilanda kesusahan. niatkan kita membantu dia kerana dia susah bukan kerana kita nak encourage dia buang kandungan dia. perlu nasihat, nasihat bebetol kat dia.

bukan bermakna kita masuk campur urusan dia tapi sebab dia datang kepada kita menceritakan masalah bermakna dia percayakan kita.

terpulang. tepuk dada tanya hati ^_^

atuk said...

Assalamualaikum Amy

bawa jumpa dgn ustaz/pegawai agama dan minta pandangan drp nya

Wassalam

Panglima7 said...

Salam Amy, menolong kawan atau rakan yang susah adalah sgt baik. Tetapi menolong memberi pinjam wang bagi tujuan menggugurkan bayi adalah sama dengan membunuh jiwa yang hidup. Berdosa. Dalam kes ini perempuan itu telah melakukan dosa besar.
Kenapalah dia nak gugurkan....pasal malu !!!....memang malu. Bayi yg di dlm kandungan dia tuu belum tentu lagi anak kepada lelaki yang mereka berbuat makar itu. Silap2 itu anak kpd suaminya yang sah tuu. (Tapi peratusannya sangat tipis.) Sebab ...buat benda yang tak elok nie...Allah Taala bayar Cash ketika hidup di dunia ini.

Kalau disembunyikan bayi tersebut dengan mem "bin" atau mem bintikan anak tersebut kpd nama si suami....ermm takut pernikahan anak ini bila besar dah jadi tak sah. Pasal bukan darah dagingnya.

Pihak suami tidak akan tahu jika Isterinya berlaku curang....yg bermain dgn lelaki lain.
Sebab itu dalam Islam apabila anak adam itu mati atau meninggal dunia...bila yang hidup menghadiahkan Al-Fatihah dan Yassin...kita digalakkan menyebut nama simati yang berbin dan berbintikan kepada Ibunya...kerana ibunyalah yg mengandungkannya. Allah jua yg maha mengetahui.

Anonymous said...

Wei ko kalau cerita hal orang laju je ya.. agak2 la beb ke ko saje nak perli aku.aku x sibuk hal ko jadi jangan la nak sibuk hal aku.. aku nak berjantan ke , nak menyundal ke ko peduli apa.. jaga je laki ko tu sudah..

yanamib said...

masyaAllah...tak pernah insaf ke orang ni..hurm...saya baca post ni sebab nak faham entry sis yang "menolong salah, tak menolong pn slah.." =)

suria lekatlekit said...

minta di jauhi perkara2 sedemikian.. btk ckp hubby kamu jgn menyokong tindakkan yg slh.. kalau nk bantu biar betul dari caranya jgn kerana kesian kita pula terlibat dengan dosa dia nanti

soffya cik bulan said...

pia blm kwen..n pia berdoa, jauhkanlah diri dari semua ini...
amin...

moga akak dpt bntu kwn tu dgn cara yg btl ye...

ynacontesa said...

saya rasa perempuan tu tak slh..suami die spttnya memberi die didikan yg terbaik..bkn mengajar die utk curang..kerana suami yg curang pasti akan dibalas perkara yg sama..kalau suami tu baik pasti rumahtangga tak kucar kacir smpai macm tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign