Sep 29, 2011

Darjat seorang isteri

Perkongsian di malam Jumaat...

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora.

Lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanakah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

Terima kasih kepada penulis asal



Pakai kereta ferrari dapat tittle ' MDRT ' million dollar round table

Selamat Petang..

Ok now dah free sikit , tadi dok layan fb sambil buat keje..so tak de la rasa stress sangat. Pasni dah boleh blogwalking. Sekarang nie aku dah jarang blogwalking siang hari asyik sebelah malam je. Sian en.hubby , sebab aku asyik layan belog je sampaikan dia nak layan angry bird pun dapat hehe..

Semalam aku ada sembang dengan ex boss aku dulu. Ex boss masa aku buat part time di Am Assurance di jalan pekeliling. Terperanjat gila babas aku bila lihat dia dah pakai kereta Ferrari .Mahal siut kereta tue. Tapi aku bangga la dengan ex boss aku nie. Bukan senang nak bergelar jutawan di usia yang muda.Memang aku salute la kat dia.

Tambahan dia banyak berjasa pada aku. Banyak selok belok perniagaan dan marketing yang dia ajar pada aku dulu.Bila lihat gambar² team dulu rasa rindu pulak. Team yang paling best aku rasa. Semuanya dah berjaya. Pakai kereta mewah²..Aku tumpang gembira dan rasa jeles pulak , kalau la aku x tinggalkan team nie mesti aku pun dah berjaya macam dorang... Dah boleh pegang tittle MDRT hehehe..tapi sekarang nie angan² je la.. tittle mak tiri bangla sesuai la hahahaha....

Jom layan gambar...


Red Car smart kan..

My ex boss dengan adik perempuannya..

Ex team punya kereta , berjaya kan mereka..

Holiday di luar negara , last year..bestnyaaa..












Tips bagaimana ingin menambahkan susu badan



Selamat Pagi...

Hari nie aku nak kongsikan satu lagi petua , khas untuk para ibu dan bakal ibu di luar sana. Petua ini sangat berguna bagi mereka yang baru menimang cahaya mata pertama mahupun yang sudah mempunyai permata hati ataupun yang baru saja nak mendirikan rumah tangga.Petua ini juga sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bagi menambahkan susu badan mereka..Jadi ikuti tips ini sebagai panduan di masa yang akan datang...


1. Kerap Menyusu
Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.


2. Amalan Tradisi.
Orang² lama suka mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada mayarakat melayu sahaja. Malah kaum cina dan india turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobah putih, ikan yu dan banyak lagi.


3. Makan Herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian dapat menambahkan pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.


4. Minum Air Ikut Keperluan.
Selain dari pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan anda perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.


5. Posisi Yang Betul.
Selain daripada keselesaan, amat penting untuk anda mendapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, anda perlu mendapatkan tunjuk ajar dari jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.


6. Ubat-ubatan.
Anda boleh memperolehi ubat ini di farmasi berdekatan. Walaubagaimanapun ubat² ini tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti Domperidone atau maxalone boleh memberikan kesan sampingan pada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan untuk ibu yang merangsang pengeluaran susu supaya dapat menyusukan anak angkatnya.


Note: credit pic - uncle google , info - sumber bacaan




Sep 28, 2011

Kismis IQ MAX - Ecpi

Selamat Malam...


Gara² sering terlupa maka aku beli la produk nie..
dah semakin teruk lupa aku nie
harap ada la perubahan nanti

*tingkatkan minda dengan IQ Max Ecpi*
-kismis-


Gosip : Neelofa dah tak ada modal lain ke nak cepat naik


Aku tak faham la dengan artis² yang baru nak naik nie. Berlakonnya tak seberapa mane , ala² suam kuku gitu tapi nama meletop² macam bunyi mercun.Sana sini orang asyik perkatakan , dalam belog jangan cakap la. Kalau tak percaya cuba korang pergi skodeng sikit dekat belog² artis tue, masti ada je cerita pasal dia. 

Kalau orang dok cerita pasal lakonan dia tak pe la jugak nie asyik² cerita pasal kontroversi. Gosip vip la , dengan artis tue la , nie la. Adoi la! pelik sungguh..Muka dah cun , cantik mantop.. Tapi kalau bagi extra sikit lagi dari segi bakat lakonan baru la sedap sikit di dengar.Tak de la asyik cita pasal gosip je. Sampaikan orang cop artis nie naik dik kerana kontroversi tapi bukan kerana bakat..

Lihat pada gambar di atas tue sure u all kenal kan.Sape lagi kalau bukan Neelofa. Muka memang tidak di nafikan cun gila babas.Body mantop.Kalau bakat seiring dengan keistimewaan yang ada pada diri kan lebih baik. Peminat pun tak akan rasa rugi.. Nie balik² gosip, apa dah x de modal lain ke untuk cepat naik..

Hermmm..malas nak cakap banyak dah..ini lagi gosip terbaru berkenaan dengan diri beliau.. layannnn!!!!














Tiada sebelah kaki tapi mampu terkinja² di disko


Masyaallah dunia².. apa nak jadi la dengan dunia sekarang nie.Orang semakin meningkat dewasa semakin bijak berfikir.Ini tidak semakin meningkat dewasa semakin cetek pulak akal fikiran.Perkara baik dan buruk pun dah tak dapat di bezakan.Kalau dulu Allah beri kelemahan pada diri tapi bila dah ada peluang untuk menikmati sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya, bersyukur la.Banyakkan berdoa tapi bukan dengan berbangga dan lupa diri seperti ini.Ingat kalau Allah nak ambil balik semuanya sekelip mata je.Macam² boleh terjadi , jadi fikirkan la..

Berfikir panjang itu lebih baik dari kita berfikir mengikut nafsu dan orang di sekeliling kita.Kalau yang rapat dengan diri tue bersahabatkan syaitan jangan la pula kita pergi ikut. Pergi cari seseorang yang boleh membimbing kita.Sekali kita buat salah bukan beerti untuk selama²nya kita akan terus buat salah. Masih ada peluang lagi untuk berubah.

Serius aku sangat kesal dengan seorang rakan yang aku pernah kenal berbelas tahun dulu, yang pernah satu sekolah dan satu kelas dengan aku, sudah tersimpang jauh.Kalau dulu dia seorang yang kurang upaya, tapi tidak lagi sekarang.Kalau dulu dia tak ada rupa paras yang menawan tapi tidak lagi sekarang. Semuanya sudah berubah setelah dia menerima bantuan kaki palsu. 

Apabila sudah panjang langkahnya, imej juga perlu di ubah.Kalau dulu muka gelap dan kusam tapi tidak lagi sekarang.iyelah dah banyak produk pemutihan kan! Kalau dulu tudung tak pernah lekang di kepala tapi kini sudah hilang entah ke mana.Rambut yang di tayangkan di warnai untuk menampakan diri lebih seksi.Zaman sekarang segalanya boleh di ubahkan. 

Iyalah time susah dulu ingatlah Allah tapi sekarang bila dah senang segalanya lupa.Kalau dulu halal haram tahu di bezakan tapi sekarang semuanya di ketepikan.Iyalah dah jadi diva kan.Muka dah cun, kulit dah gebu, badan dah solid , dah pandai bergaya  dan kaki pun dah ada. So apa la yang nak di risaukan.Kalau dulu siang malam menangis mengenangkan nasib kerana di lahirkan kurang upaya tapi kini apadahal..jangan kata melangkah , melompat dan berlari pun dah mampu..

Tue la manusia mudah lupa.Bila rasa diri dah sempurna mula lupa pada yang satu. Mungkin hari ini gilai ramai lelaki tapi pernah tak terfikir kalau satu hari nanti Allah tarik balik segalanya.Time tu baru nak meraung.Sepatutnya bersyukur la bila dah ada kesempatan hidup normal seperti orang lain.Kalau tak ingat jalan ke masjid pun tak apa tapi cukuplah dengan mengingati tikar sembahyang dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah tapi bukan di tempat syaitan tue.Terkinja² macam beruk.. berpeluk²an sambil menikmati air kencing syaitan tue.Subahanaalllah semoga sahabat ku ini akan kembali ke pangkal jalan...


Note: Kalau di fikirkan balik biar dia hidup tanpa sebelah kaki dari ada kedua²nya.Tengok la bila ada kedua kaki lain pula jadinya..rosak akhlak betul la....




Wordless Wednesday : Langgar pantang

Selamat Pagi...

Pantang tak boleh makan ke 
@
pantang nampak nak bedal!!!!


















Sep 27, 2011

Cikgu Shida dan akak Rock Kiah Propa

Good Nite...

Malam nie teman nak cakap perok le.Rasanya dah lame teman tak cakap perok.Asyik kecek kelate je hahaha!!! adanya yeeee! padahei kecek kelate pun tak peh , cam ner hihi..

Teman ni kalau nak cakap perok biasa² je sebab kampung teman di Ipoh. Kalau beloh parit atau kuale tue ye le, memang pi'or perok.Tempat teman x de idham² nie..orang dengor pun masih boleh paham lagi. Tak serupe due tempat tue, kadang teman sendiri pun tak faham hahahaha....

Kenapa tiba² teman nak cakap perok nie?? sebab teman nak share dengan engkome semua beberapa keping gambor cikgu glemer kita nie. Dia kalau cakap mesti keluor pi'or perok dia jadi teman kene la ngikut sama hehehe...Kenei ke!! Sapa lagi kalau tak yong shida aka Cikgu Shida. Kome pasti kenei punya. Pemes tue....Hanya dengan memek muka je boleh pemes. Kome ada ke hahahaha...

Jom layan gambor yong shida nie..


Lepeh nie konpem mamat khalid amek mike belakon dengan dia

Teman nengok dah serupa sarjan misai je ha..

idok ada rupa cikgu pun ..

Teman berkenan benor la dengan gambor nie..
Dah serupa akak rock pulak,  ala yang kiah propa tue 
yang suka ketawa tak hingat donia tue.. kenei ke
x kenei meh sini teman tempek gambor dia sama..

cer nengok..cer nengok
tang mane samanya???




Mencari yang terpantas untuk menerima sebuah telifon bimbit blackberry 9780

Siapa yang paling pantas.

Hari nie aku murah hati nak kasi hadiah pada pembaca belog sinar raudah. Hadiahnya tidak la seberapa sangat tapi ok la dari x ada langsung kan. Hrmmm..rasanya ada tak yang berminat dengan hadiah aku nie. Sebuah telifon bimbit blackberry...

Jom kita lihat kondisi telifon ini terlebih dahulu...


Amacam cun tak...

tapi bukan yang ini ye

cuba lihat gambar di bawah nie


















Inilah telifonnya..
ok tak hehe..
murah je




jangan marah na gurau senda di tengahari..

















Tips meringankan stress suami isteri di uji




Selamat Tengahari...

Apa yang boleh dilakukan bagi pasangan suami isteri untuk meringankan beban tatkala menghadapi ujian.

1. Ujian yang melanda pasangan sama ada suami atau isteri adalah dugaan untuk dirasai dengan penuh rasa tanggungjawab untuk mengatasinya secara bersama.

2. Jadikan dugaan sebagai asas untuk saling memberikan sokongan antara satu sama lain dan berkorban untuk meringankan bebanan yang ditanggung dengan hati yang rela.

3. Elakkan daripada menyalahkan atau mencari kesalahan apabila berlakunya kesusahan dalam kehidupan kerana tiada siapa yang mahu ia terjadi atau suka untuk melaluinya.

4. Pasangan suami yang diuji perlu bersikap terbuka atau bersedia untuk menerima apa jua cadangan daripada isteri sekiranya ia boleh mendatangkan apa-apa kebaikan.

5. Isteri pula elakkan daripada bersikap terlalu mendesak sehingga boleh mewujudkan persengketaan yang boleh membawa kepada kerugian dan memudaratkan perhubungan.

6. Sebaiknya tenangkan fikiran, cari ruang rasional diri yang baik dan elakkan dari penambahan tekanan yang boleh membuntukan jalan penyelesaian. Pasangan sebaiknya duduk berbincang dengan jiwa dan akal yang terbuka.

7. Dapatkan bantuan profesional yang boleh memahami masalah yang anda hadapi secara lebih terancang serta membantu ke arah mengurangkan tekanan yang ada.






Antara pisang dan hati

Selamat Pagi..


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid²nya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing².Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak² tersebut menyimpan pisang masing² di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik² dan akhirnya menjadi busuk .Kanak² itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi keranaselain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi² lagi murid² Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat.Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi.Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu,cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.
 
Moralnya,
Jangan letak pisang dalam beg.
Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.





Sep 26, 2011

Keburukan menghadiri majlis perkahwinan


Selamat Petang..

Setuju tak kalau aku katakan, menghadiri undangan perkahwinan samada daripada rakan , jiran tetangga mahupun sedara mara ada keburukannya. Tapi kalian jangan salah faham pula, tak semua majlis kenduri kahwin itu ada keburukkanya cuma ada sesetengah saja.Begitu juga dengan majlis open house. Memenuhi undangan open house juga kadangkala memberi keburukkan kepada diri kita.Ok jom kita baca tang mane buruknya..

Sekiranya dalam sehari kita menghadiri undangan perkahwinan lebih daripada satu majlis ia mungkin akan mendatangkan kemudaratan pada diri kita. Kemudaratan yang aku maksudkan adalah sakit perut. Tapi tak semua orang akan mengalami masalah ini kecuali orang yang mempunyai masalah perut yang sensitif seperti aku nie. Makan lebih sikit dan bercampur² mudah saja di serang sakit perut dan mulalah aktiviti berulang alik ke toilet.

Sama juga kalau kita pergi open house. Kalau kita pergi sebuah rumah masak mee kari dan sebuah lagi masak nasi hujan panas dan rumah seterusnya pula masak menu yang lain.. mane la perut tue nak terima. Dah macam rojak.Kalau kita makan rojak lebih sikit pun dah tsunami perut inikan pula makan macam². Mungkin masalah ini ada sesetengah orang saja yang mengalaminya dan mungkin juga ada yang jenis perut kebal, makan banyak mane pun x jadi masalah pada perutnya.

Tapi berbeza dengan situasi yang aku alami semalam.Petang semalam aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu mertua. Di sebabkan aku masih dalam pantang , jadi aku hanya makan makanan yang tidak melanggar pantang aku. Just dua lauk je yang selebihnya memang tidak di benarkan.

Masakkan dia memang best sehingga mendapat pujian para tetamu.Aku pun tak nafikan tapi selepas kejadian malam tadi makanan itu tidak lagi sedap bagi aku. Sebab apa sebab makanan yang sedap tue la aku di serang sakit perut yang aku rasa sangat kriktikal yang pernah aku alami.Sehinggakan peluh jantan keluar dan rasa macam nak pengsan.Mujurlah en.hubby sapukan minyak panas di belakang dan perut aku, kurang la sikit serangannya.

Pagi ni badan rasa lesu, ye lah semalaman aktif ulang alik ke toilet. Aku sangkakan aku sorang je mengalami masalah tapi rupanya bapa mertua aku juga turut terkena serangan tsunami. Mil je x de masalah sebab lauk yang kami berdua makan, mil x makan.so terselamat la...Lepas ni kalau ada undangan perkahwinan, make sure sediakan pil chit kit teck aun sebagai langkah berjaga².







Tips untuk pengantin baru, Cara pecahkan dara di malam pertama


Memandangkan bulan nie ramai yang bakal mendirikan rumahtangga , jadi aku kongsikan tips ini untuk perkongsiaan kita bersama..
***************************************************************************
Tips ini sangat sesuai digunakan pada malam pertama. Pada malam pertama, lebih² lagi untuk melakukan persetubuhan dengan pasangan isteri yang masih dara merupakan suatu cabaran yang terpaksa ditempuh dengan sabar oleh pasangan pengantin.
Persetubuhan yang dimaksudkan untuk memecah dara perlu dilakukan dengan lemah lembut dan bertimbangrasa. Ini akan menolong meminimakan rasa kesakitan isteri sewaktu dara terkoyak menerusi tusukan pertama.
Cara yang disarankan oleh orang Melayu ialah, suami duduk bersila setelah melakukan istimta² yang secukupnya. Isteri di dudukkan menghadap suami dalam keadaan mencangkung dan farajnya berada di atas zakar.
Di sepanjang posisi ini dilakukan suami tidak memainkan peranan yang aktif, tetapi hanya mencumbu dan membelai isteri bagi meningkatkan kenikmatannya.
Zakar dihalakan ke arah lubang faraj, kemudian isteri akan memasukkan zakar ke dalam liang farajnya dengan memandukannya dengan tangannya dan kemudian menekan farajnya ke arah kepala zakar dan memasukkan zakar sedikit demi sedikit. Isteri akan berada di dalam keadaan nikmat dan sakit yang meningkat dan menurun semasa proses memecah dara.
Isteri akan membuat pilihan, dia akan menekankan farajnya agar zakar masuk lebih dalam apabila nikmat yang dirasainya lebih hebat dari kesakitan. Isteri akan berhenti sejauh mana dia merasa kesakitan lebih hebat dari kenikmatan. Bila kenikmatan meningkat kembali, dia akan menyambung kerjanya itu, agar zakar dapat masuk lebih dalam. Dengan cara ini akhirnya dara terkoyak, dan kemudian persetubuhan akan diteruskan dalam posisi yang lain atau dihentikan lalu dilakukan pada masa yang lain.
Kenikmatan pada isteri masa memecah dara itu dapat ditingkatkan dengan cumbuan dan rangsangan dari suami ke arah buah dada, pinggang, tengkuk, leher, mulut dan telinga isteri. Dalam ertikata lain, suami perlulah melakukan cumbuan yang berterusan agar isteri itu lupakan dirinya dan kesakitan. Menghisap lidah isteri adalah amat baik dilakukan pada ketika itu.

sumber : homefamilysite

Permata bersinar : Mia Sara menang My Kids Award 2011


Pelakon kanak² yang sedang meningkat naik dan mencipta nama di persada seni tanahair kita iaitu adik Mia Sara Nasuha. Seorang kanak² kecil yang pandai beraksi di depan kamera sehingga membuatkan banyak mata yang terpukau melihat hasil lakonan beliau. Sungguh tak sangka , anak kecil ini mampu membawakan apa saja watak yang di berikan kepadanya.

Dengan usaha keras beliau , akhirnya semalam beliau telah terpilih sebagai pemenang My kids awards 2011 dalam kategori 'best kids actress'. Tahniah Mia anda memang layak menerima awards itu. 


Sedikit info mengenai anugerah ini 

Tv3 kids awards telah menganjurkan anugerah yang meraikan bakat dan pilihan kanak² Malaysia. Program ini telah bersiaran secara langsung dari Sunway Lagoon Amphiteater. Sebanyak 7 kategori utama di pertaruhkan manakala 3 kategori khas juri.Para pemenang My Kids Awards 2011 di nilai oleh orang ramai yang terdiri dari undian kanak² melalui laman web rasmi tv 3.


Senarai penuh pemenang My Kids Awards 2011

Best Kids Actress - Mia Sara
Best Kids Actor    - Fimie Don

Favourite Kids Female Singer - Dayana Idola Kecil 2
Favourite Kids Male Singer    - Azzam Idola Kecil 2

Cutest Character - Upin & Ipin
Awesome Tv Show - Upin & Ipin
Coolest Host - Fimie Don

Most Inspirational Host - Aznil Hj Nawawi
Most Inspirational Artist - Bunface
Favourite Idol - Dato Sheikh Muszaphar


Tahniah kepada semua pemenang...




Note : creadit pic - facebook ayah mia..













Syawal sudah di penghujung



Selamat Pagi..

Forgiveness is our compassionate acceptance of reality,not the approval of how things should be or should not be.It is the gentle and profound surrendering of whatever should be happening in our lives,into accepting the perfection of what is now happening.

Bulan syawal sudah sampai ke penghujungnya.Pada permulaan syawal aku yakin ramai diantara kita dihujani dengan sms, email dan juga percakapan dari mereka yang terpenting dalam hidup kita.

SMS yang paling ringkas, pasti berbunyi selamat hari raya , maaf zahir dan batin.Yang panjang sikit siap berpantun bagi memohon kemaafan. Apa yang pasti ramai diantara kita mengambil manfaat daripada bulan syawal yang mulia ini untuk memohon kemaafan.

Adakah kita sempat memikirkan sejenak, untuk memahami erti “kemaafan” tersebut? Ketika kita sibuk membalas sms² tersebut, apakah dalam hati kita benar² tulus untuk memaafkan mereka? Ataukah ini hanya sebahagian daripada kebiasaan kita menyambut syawal sahaja?. Tanya diri kita, dan jawab sendiri

Sebelum melakukan tindakan memohon maaf dan memaafkan orang lain, sudahkah kita lakukan proses kemaafan bagi diri kita sendiri secara tulus?

Apakah benar bahawa perasaan kita, samada gembira atau sedih,sentiasa berubah disebabkan oleh orang lain? Bukankah sebenarnya seluruh hidup kita, baik atau buruk, bergantung kepada diri sendiri? Betapa tidak adilnya kita menyalahkan orang lain, kerana kita yang bertanggungjawab ke atas kehidupan kita sendiri. Sudahkah kita memohon maaf dan memaafkan diri sendiri di atas pelbagai “penjara batin” yang kita ciptakan? Yang menjadi akar dari segala keluhan dan penderitaan kita sendiri?.


Note: Open house masih rancak sana sini tapi tahun nie satu open house pun aku tak pergi gara² piyot buat hal hari tue sehinggakan aku jadi takut nak makan macam²....huhu rugi²...........








Sep 25, 2011

Petua : Cara memilih ayam yang segar



Selamat Malam...

Daging ayam adalah salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan manusia. Oleh yang demikian, anda dan keluarga perlu makan daging ayam sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ketika memilih ayam di pasar, beberapa petua boleh diikuti. Antaranya :

- Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.

- Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.

- Bau daging segar, jika anda berbau yang kurang menyenangkan, lupakan saja niat untuk memiliki ayam   tersebut.

- Apabila dagingnya di tekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembali ke bentuk asal.

- Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.

- Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.

- Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka.

- Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.

- Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.

- Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh di kategorikan sebagai daging ayam yang segar.


Note: semoga petua ini dapat memberi panduan kepada kaum hawa semua.....






Di rompak dan hampir di rogol


Selamat Hujung minggu semua..

Baru balik makan gulai aka makan kenduri. Aduhai frust betul la makanan macam² ada tapi sayangnya aku x boleh makan. Sejak berpantang ni semua makanan yang aku suka dah x boleh makan. Rasa terseksa sangat. Apa boleh buat demi nak sihat jadi aku kena la sabar nanti dah betul² sihat makan la apa nak makan..

Ok stop cite pasal makan gulai, sekarang sambung cite pasal out staion hari tue. Last week lepas aku medical bangla, aku sempat la singgah di butik rakan ku. Kebetulan masa tue aku masih belum makan tengahari jadi aku minta la staff di butik tue untuk belikan makanan dan kami makan bersama² di situ.

Perempuan kalau dah jumpa macam² story la nak di kongsikan sehingga la terbuka cite pasal raya. Bukan pasal makan tapi pasal duit raya.Kebetulan pula masa tue aku baru dapat cek. So aku kasi la dorang seorang RM10 sebagai duit raya. Happy sangat dorang terutama sekali adik yang tolong belikan aku makanan tadi.Bila dah selesai makan aku pun minta diri untuk pulang.Sebelum pulang sempat la aku berpesan kepada rakan ku berkenaan program esok hari.

Keesokan paginya aku terima mesej dari rakan aku itu. Beliau memberitahu program terpaksa di batalkan gara² rumah bujangnya di masuki pencuri.Tapi mujurlah time pencuri masuk tue dia bersama seorang lagi rakan tiada di rumah kecuali adik yang aku minta belikan makanan tue.Semasa pencuri tue masuk rumah beliau sedang tidur nyenyak di ruang tamu. Bila dah keletihan bunyi apa pun x sedar.Sampailah pencuri itu meletakkan sebilah pisau rainbow di lehernya sambil bersuara. Barulah beliau tersedar dan terkejut melihat lembaga hitam yang di sangkanya hantu rupanya manusia.

Beliau merayu minta di lepaskan dan jangan apa² diri beliau tapi kalau nak barang berharga ambil sajalah. Sebelum pencuri itu melepaskan mangsa, beliau sempat berpesan sekiranya mangsa melaporkan kepada polis , dia akan bunuh mangsa. Lalu sempatlah pencuri yang durjana itu melarikan sebuah telifon bimbit, sebentuk cincin pertunangan dan wang tunai sebanyak rm10 yang aku berikan itu.

Kejadian di sedari oleh kedua orang rakannya apabila mereka pulang di rumah dan melihat rakannya dalam keadaan yang tidak terurus. Sehingga kini mangsa masih terkejut dan trauma. Kes masih dalam siasatan polis. Selepas kejadian itu kesemua mereka berpindah ke tempat lain.

Note: Kawasan rumah melayu tapi bila terjadi macam ni seorang pun tidak datang membantu..kalau jerit sampai keluar anak tekak sekali pun tak guna kalau orang sekeliling tidak datang menghulurkan bantuan.. sedih betul la! jenayah sekarang semakin berleluasa.tempat yang kita rasa selamat pun belum pasti selamat.jadi berhati²lah...








Sep 24, 2011

Memey bodoh Norman Hakim baik hati


Selamat petang..

Hari nie agak lewat mengupdate belog, gara² ada urusan di luar sehingga terpaksa melanggar pantang.. Pantang apa nanti kita cite kat post yang lain ok!. Nie aku nak cite pasal Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Sebelum aku cite lebih panjang aku nak amek kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua.

Ok kalau baca pada tajuk confirm ada yang akan hentam aku bertubi² nie sebab slumber badak nak cakap artis kesayangan mereka macam tue. So kepada peminat yang di sana, minta baca sampai habis dulu sebelum menggodam aku dengan ayat² yang kesat. Tajuk post nampak hot tapi ia kadang² tidak melambangkan isinya juga hot. So harus di ingat dan make sure baca sampai habis...di ulang lagi sekali baca sehingga habis, ok...

Secara jujurnya aku tidak la berapa berkenan sangat dengan mereka berdua nie. Tapi sebagai manusia biasa aku tiada hak nak menghukum mereka. Walau apa pun yang terjadi antara mereka dengan artis kesayangan aku tue, aku sama sekali tidak mahu mengungkit perkara yang sudah lepas. Biarlah ianya terbukur dan menjadi kenangan buat mereka. Siapa kita nak masuk campur kan!!!

So di sebabkan itu hari ini aku terbuka hati ingin menonton drama yang di lakonan oleh memey dan norman.  Berlakon dalam satu drama tau. Kalau sebelum nie ada je muka mereka berdua , aku confirm akan tukar channel lain atau tutup saja tv. X berminat nak lihat tapi tidak tadi. Sambil menikmati colek buah mak bee, aku layan tv 1 drama bertajuk GIA. Kalau ada yang tak tahu ianya di mainkan di tv 1 pukul 3.00 tadi. 

Watak Gia dibawakan oleh Memey sebagai gadis kampung yang bodoh dan lembab. Gia jadi begitu dik kerana semasa kecil beliau di serang demam panas dan sawan tarik sehingga menyebabkan diri beliau tidak sempurna seperti orang lain. Norman pula memegang watak sebagai abang ipar Gia iaitu suami kepada kakak Gia yang di lakonan oleh Dinas Mokhtar.

Cerita nie agak menyedihkan sehingga sepanjang babak sedih berlangsung dengan tidak sengaja aku turut mengalirkan air mata. Part nie memang aku salute la pada memey kerana berjaya membawa watak sebagai wanita bodoh. Watak norman pula nampak baik sangat. Seorang menantu yang terlalu mengambil berat tentang mertua dan adik beradik sebelah isterinya. Kalau ada yang menonton drama nie , aku yakin pasti kalian juga turut merasa kesedihan Gia.Tahniah Memey kerana berjaya membawa watak gia. Lepas nie di harap, biarlah orang mengenali anda kerana mutu lakonan anda tetapi bukan lagi kontroversi. 


Note: Pandai RTM kan menanyangkan drama ini di hari perkahwinan mereka.Tahniah memey dan Norman kerana sudah bergelar suami isteri.





Sep 23, 2011

Suami hebat isteri ceria..


Tadi ada orang mesej aku di facebook. Bukan aku sorang tapi satu mesej tue di hantar kepada lebih 60 orang. Aku pun klik la nak tahu butiran mesej itu , sekali aku buka keluarlah ayat kempen seperti di bawah nie. Kempen produk.Masa baca tue nak suka pun ada, nak marah pun ada. Tapi tak baik la kalau aku nak marah kan. Orang berniaga , so marketing tue kena ada dan ianya sangat penting. Kalau tak nak just ignore je mesej dia tapi x perlu la sampai nak bahasakan balik atau maki hamun orang tue.Tak baik tau! Dorang pun ada perasaan juga.. Dah itu cara dorang mencari rezeki...

Satu lagi kalau kena tag name di facebook.Aku tahu ramai yang tak suka sebab ianya menyemakkan wall.. Sama juga seperti di peti mesej.kalau seseorang menghantar mesej kepada lebih 60 orang, setiap kali salah seorang daripada mereka akan membalas mesej tue. Sudah pasti notification akan terganggu kan. Silih berganti keluar, menunjukkan ada yang membalas mesej itu.Kalau terjadi begini , u all just remove je x perlu la berkata apa². Orang pun boleh faham tanpa perlu menguris hati. So orang lain pun tak akan berkecil hati.betul tak!

Hrmmm ok lah jom kita layan produk yang dorang kempen kat aku tue..



Adakah anda ingin vulva dan vagina yang mengebukan, menembamkan, memontokkan, menghairahkan, mengiurkan dan menghangatkan.

Adakah anda perlukan semua ini…??? 

Erotica V-Firm adalah jawapannya.
Jangan tunggu lagi guna sekarang jugak demi kebahagian suami anda ….!!!
Yang gebu sudah tahu… Masih belum cukup kalau tidak ketat…betul tak…!!!

Erotica Virgin – akan mengetatkan dan mengcengkam suami anda… Apa tengok lagi… guna je…. mesti anda akan menerima pujian dari suami…..kan seronok macam tu? Untuk isteri dah dapat….macamana pula untuk suami? Ini untuk si suami…

Erotica XX – untuk tahan lama Haa… yaa… betul..!!! "
kenapa tak percaya" guna lah… Kalau sebelum ini mampu berlayar 15 minit sahaja….
Selepas ini pasti mampu 1 jam…ha..ha…bahagianya… Tak cukup lagi..ada satu lagi..

Erotica XL – urutkan untuk relax, buang angin dan melancarkan peredaran darah.. Pastikan isteri anda urut mengunakan Erotica XL agar "senjata" anda berada dalam keadaan bersedia…

Kepuasan Pasangan Anda Adalah Tanggungjawab Anda…. ….Rasailah Nikmat Seks Anda Sepuas²nya….

Dapatkan sekarang.
Untuk maklumat lanjut dan membeli produk Erotica, sila klik link di bawah.
http://www.??????.com/


Note: Amacam ayat power beb x cair ke hahahaha..pandai sungguh dorang buat marketing so lepas nie aku kena belajar nie...belajar marketing ok tapi bukan belajar pakai produk nie..huhu


Belog senyum-senyum berpenunggu ke atau google chrome yang bermasalah


Agak pelik apabila setiap kali aku ingin buka belog sis aku nie pasti ada keluar benda alah nie. Aku perasan perkara nie terjadi sejak dua tiga hari nie. Setiap kali kunjungan aku ke belognya seperti tidak dapat di terima. Bukan kerana tuannya membenci aku tetapi kerana ada penunggu yang tidak di kenali menyekat aku untuk ke sana..Nak tahu apa penunggunya, u all boleh lihat pada gambar di atas..

Tadi aku cuba buka belog sis Diana nie menggunakan internet explore dan firefox tapi ternyata tidak ada masalah.Tapi apabila aku menggunakan google chrome, pasti gambar makluk tue yang akan keluar. Tak faham la adakah belog senyum-senyum ada penunggu ataupun google chrome yang ada masalah degan belognya.Tapi belog lain ok je.. 

Sebelum nie belog kak eida, kena buka dua tiga kali kerana ada amaran malware tapi sejak kelmarin amaran tue sudah tidak keluar lagi. Nak berkunjung ke belognya sama sekali tiada masalah lagi. Kenapa ye aku x dapat accept belog nie menggunakan google chrome..sapa² boleh bantu tak!




Ingin memiliki handphone, ipad mahupun galaxy tab.. jom join kutu Handphone Sinar Raudah


Selamat Tengahari...

Ramai di kalangan muda mudi sekarang mahupun yang sudah meningkat dewasa, menyimpan hasrat untuk memiliki gadget² terkini.Tapi disebabkan faktor kewangan serta harga yang terlalu tinggi menyebabkan mereka terpaksa melupakan hasrat itu.

Ada juga di kalangan mereka yang sanggup memilikinya dengan membeli secara ansuran tapi tindakkan itu cukup merugikan kerena anda akan di kenakan charge interest terhadap sesuatu barang. Ada sesetengah juga langsung tidak memikirkan semua itu asalkan ia dapat memilikinya itu sudah cukup memuashkan hatinya.

Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi kerana ada cara lain untuk anda memiliki gadget kegemaran anda dengan tanpa di kenakan interest. Malah duit yang di keluarkan juga tidak akan membebankan anda. Dengan serendah RM300 anda mampu memiliki gadget kesukaan anda samaada blackberry, iphone, galaxy tab ataupun model yang lain.

Nak tahu bagaimana, anda boleh lihat di bawah ini :-

Kutu Handphone

- Anda hanya perlu mencari 6 orang rakan yang mempunyai tujuan yang sama seperti anda untuk join kutu handphone ini.

- Anda boleh pilih apa juga model handphone yang anda gemari tetapi make sure rakan anda juga memilih model yang sama.

- Pilihan boleh di lakukan samaada ingin memiliki handphone blackberry, iphone, htc, nokia , sony ericson , ipad, blackberry playbook ataupun galaxy tab.

- Cabutan number akan di buat secara terbuka di sini.

- Mereka yang layak untuk join sama , mestilah memiliki akaun facebook mahupun blog

- Sekiranya ada sesiapa yang berminat anda boleh tinggalkan mesej anda di SINI.

* Kalau quota sudah penuh anda boleh mencari rakan lain yang mempunyai tujuan yang sama seperti anda untuk membuka buku kutu yang baru..Maklumat lengkap akan di ambil untuk mengelakkan sebarang penipuan*



Note: Credit gambar di qiilans.





Tips: Kebahagian rumahtangga



Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3.. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Perlu ke letak gambar nie..
hahaha!!!
Gambar x de motif apa²









Keep move on

show must go on :)

Salam Jumaat semua..

Ketika aku muda aku ingin mengubah seluruh dunia. Tapi bila aku laluinya baru aku tahu betapa sulit untuk mengubah seluruh dunia ini. Lalu aku putuskan untuk mengubah negara ku saja.Tapi ketika aku sedari bahwa aku tidak mungkin dapat mengubah negara ku. Aku mulai berusaha untuk mengubah kotaku.

Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah untuk mengubah kotaku. Maka aku mulai mengubah keluargaku. Kini aku semakin uzur, aku pun tidak dapat mengubah keluargaku. Aku sedari bahwa satu²nya yang boleh di ubah adalah diriku sendiri...

Tiba² aku tersedarkan bahwa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti dapat mengubah keluargaku dan kotaku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun dapat mengubah seluruh dunia ini..

Ingat waktu akan terus berjalan.Kita harus mulai dari sekarang.Berubah ke arah yang lebih baik.Tidak ada yang dapat kita ubah sebelum kita mengubah diri kita sendiri.Tak dapat kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri.Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.

Keep move on! go n go guys....

kejar impianmu!





Sep 22, 2011

Hacker facebook yang durjana


Selamat Malam..

Tak faham la dengan sikap manusia nie. Pantang lihat orang senang sikit ada je yang x puas hati dan dengki. Dah banyak kali dah aku bersabar. Sabar aku pun ada hadnya. Buat akaun baru pun still kena juga. Apa la nasib, sapa la yang dengki sangat dengan aku nie. Aku tak pernah pun nak kacau orang apatah lagi nak tabur pasir dalam periuk nasi orang tapi kenapa buat aku macam nie. Sedih dowh!

Akaun bisness aku di hack lagi. Nie entah kali yang ke berapa dah.. Tak tahu la sapa punya keje yang dengki sangat nie. Tak pasal² aku kena buat akaun baru. Dah berapa kali dah jadi macam nie. Kalau dah kerap sangat jadi macam nie customer aku pun boleh lari. Apa yang tak puas hati sangat pun x tahu la.Kalau nak bersaing dalam perniagaan pun, biarlah bersaing secara sihat tapi bukan dengan cara begini. Memang sakit hati tapi nak buat macam mane kan.Terima je la! huhu...

Nie pun salah satu dugaan juga..sabarrr ye wahai diri.. biarlah orang buat kita tapi jangan sesekali kita buat orang.Kepada si durjana hacker, terima kasih la kerana anda berjaya buat orang lain susah.Ingat nak buat akaun baru tue senang ke. Kalau setakat nak sign up biasa x pe la, nie kena upload gambar² sebelum nie.Lepas tue nak kena add description lagi , detail barang lagi. Kalau buat satu hari belum tentu boleh siap. Bukan keje aku nak mengadap laptop 24 jam.Tolong la bertimbang rasa sikit..Ke anda nak lihat aku tutup saja kedua² akaun bisness aku tue baru anda x ganggu lagi..begitu???


Note: Pada yang bertanyakan price list untuk handphone terkini, esok aku akan cuba updatekan di sini. Dan bagi pakaian pula aku akan cuba update secepat yang boleh...-amek masa sikit untuk aku buat akaun baru-


Lawak petang : Berlagak tak kira tempat



Rosman diterima bekerja sebagai pelatih di sebuah syarikat multimedia. Selepas melaporkan diri pada hari pertama, dia masuk ke biliknya dan terus mendail.

"tolong buatkan saya kopi cepat!" katanya menengking.

"Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu dengan siapa awak bercakap ni?," kata suara di hujung talian.

"Tidak" jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan syarikat ini, awak tahu?,"balas suara itu.

Rosman terkejut. Barulah dia sedar sudah tersalah dail kerana hajatnya mahu menghubungi kantin.

"Encik tahu dengan siapa encik bercakap ni?," tanya Rosman.

"Tak...awak siapa?," tanya Pengarah Urusan itu.

"Kalau tak tahu bagus...," kata Rosman terus meletakkan gagang telefon membuatkan Pengarah Urusan itu dalam kebingungan.


moral of da story,

Jangan berlagak tak kena tempat bila baru start kerja tu, hormatlah bila bercakap dengan orang, biarlah orang tu makcik kantin sekalipun.



Comelnya Nabil rajalawak melamar Nazira Ayob


Jom layan video nie..
Serius lucu gila lihat cara Nabil melamar Zira..

Sweet sangat..
Lepas ni abeng² dan abam² sekalian
Mane yang x tahu
Macam mane nak melamar aweks
Boleh la lihat video nie
Mane tahu boleh praktikkan juga
hehe....


Note: Lupa la pulak macam mane en.hubby lamar aku dulu.. u all ingat lagi ke...melamar untuk kahwin ye tapi bukan melamar untuk bercintun hehe....








Luahan hati Abby Abadi..

Selamat Petang..

Sure post nie ada yang x suka, iya lah sikit² je aku mesti nak post pasal artis kesayangan aku nie 'Abby Abadi'..Hrmm..ada aku kesah kau tak suka hahaha..Biaq pi lah hangpa x suka ka apa ka , janji aku nak post juga. Kalau yang tak suka tue aku nasihatkan baik jangan dok gatai nak baca sini..nanti lepas hangpa baca confirm hangpa paneh lepas tue buat dosa..nak cakap macam² dekat Abby aku nie...Ops jangan marah na bukan apa aku x mau la hangpa dok sibuk nak cakap macam² sedangkan aku x pernah pun nak cite macam² pasal pihak sebelah sana. So kalau rasa minat sangat dekat sebelah sana, baik hangpa pi baca cite pasal dia.. dekat sini tak daq cite pasal depa...

Last post pasal Abby hari tue , ramai pulak la Mak Anon yang sibuk nak komen sama. Kalau komen biasa² tak pe la nie komen sikit punya hot n spicy gitu. Mulut bukan macam longkang lagi dah tapi dah macam minum cili blender ja.Betapa pedas lagi berapi..So di sebabkan itu baik aku pesan awai² , sebab kalau hangpa komen juga aku x berminat pun nak baca apatah lagi nak publishkan komen hangpa tue..

Ok now jom kita baca apa yang kak Abby luahkan nie. 

klik imej ini untuk besarkan..

Sedih kan!Aku dapat rasakan macam mane Kak Abby rasa sekarang. Wanita! sekental mane pun hati akhirnya akan rapuh juga dan air mata lah menjadi teman setia.Semoga kak Abby tabah dengan apa yang di laluinya sekarang.Hari ini mungkin dia akan rasa sedih dan berduka tapi hari esok sapa tahu kebahagian akan muncul dengan sinar yang terang...

Anak² Abby Abadi bersama papanya 
sebelum berangkat ke johor untuk majlis pernikahan 
Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada hari sabtu ini..






Artis bertudung ikhlas atau trend semata-mata

Selamat Tengahari..

Sejak kebelakangan ini kita dapat lihat ramai artis Malaysia yang sudah bertudung.Terbaru pelakon dan pengacara Diana Amir serta penyanyi Siti Nordiana dan beberapa orang selebriti yang lain telah berhijrah untuk berhijab. Alhamdulillah semoga semakin ramai lagi artis di negara kita akan berhijrah ke arah yang sama..

Kadang² bila di fikirkan balik mungkin sebelum nie artis² di negara kita, ada berniat untuk berhijab tapi di sebabkan faktor pekerjaan, membuatkan mereka berfikir panjang untuk melakukannya. Ialah itu kan punca utama mereka mencari rezeki. Kalau mereka berhijrah takut ramai pihak yang tidak setuju dan tidak menyokong mereka dalam industri ini lagi. Job pula mungkin susah untuk mendapat tawaran malah peminat juga mungkin akan lari.Mungkin la itu faktor² utama yang membuatkan mereka tidak meneruskan niat mereka.

Tapi pada masa ini selebriti tidak perlu risau lagi. Peminat² bukan seperti dulu, mereka sudah boleh berfikir yang mane baik dan yang mane buruk.Asalkan apa yang di lakukan itu biarlah ikhlas tapi bukan sekadar untuk mendapat perhatian ramai.Bila sudah mendapat perhatian, mulalah berhijrah ke imej yang lame. Itu mungkin orang akan marah!Tapi kalau ikhlas untuk berubah ke arah yang lebih baik, rasanya tidak ada seorang peminat pun yang akan marah. Malah mereka akan lebih suka dan bangga lagi di atas perubahan artis kesayangan mereka..

Lagi satu mengenai trend. Janganlah pula selebriti itu berubah kerana trend semasa. Bila tengok orang berhijab, lilit sana lilit sini , kita pun nak lilit sama.Nawaitu pula sekadar untuk mengikuti perkembangan semasa tapi bukan untuk berubah dengan ikhlas kerana Allah. Itu mungkin peminat tidak boleh terima.Tapi pape pun aku harapkan selebriti mane yang sudah berhijrah itu tidak seperti di atas. Biarlah berubah kerana nawaitu memang nak berubah tapi bukan untuk mencari publisiti semata².

Tahniah untuk mereka yang telah berhijab dan semoga semakin ramai lagi artis wanita di negara ini akan berhijrah ke arah yang sama..Kepada yang berhijab dan berhijrah kepada free hair , fikirlah masak² tindakkan anda itu adakah dengan perubahan itu orang akan suka atau sebaliknya. Allah juga tidak menyukainya..Jadi fikir²kanlah...

Siti Nordiana
kreadit gambar- uncle google

Diana Amir
kreadit gambar-beautifulnara





Note: Aku yang baru berhijab nie pun terasa menyesal sangat kerana baru sekarang aku nak berhijab. Kalau dari dulu lagi rasanya tidak la banyak dosa yang aku lakukan kerana mendedah aurat..semoga Allah perlihara aku dari terus berhijab .amin..










Suami gemar menghisap payu dara isteri



As'salammualaikum...

Hari nie aku nak kongsikan satu artikel. Artikel nie aku dapat dari facebook seorang rakan yang tidak di kenali. Semasa perbualan mereka mengenai perkara tersebut, seorang rakan beliau telah meninggalkan link ini. Dan aku rasa ianya patut di kongsikan bersama.. 

Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri

APAKAH hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

JAWAPAN: Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah.Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign