Sep 27, 2011

Antara pisang dan hati

Selamat Pagi..


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid²nya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing².Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak² tersebut menyimpan pisang masing² di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik² dan akhirnya menjadi busuk .Kanak² itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi keranaselain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi² lagi murid² Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat.Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi.Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu,cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.
 
Moralnya,
Jangan letak pisang dalam beg.
Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.





20 comments:

aanie said...

lebih baik makan je pisang tu kan...x payah ada musuh....

emy hamizah said...

cara baik ajar2 budak2 tu..
jgn la simpan benci dlm hati.peace

Unknown said...

mendalam...

tpi mmg ni selalu diterapkan cikgu di sekolah,...

ada yg kna bwk telur...lagi leceh, takut pecah...

tpu bukan budak je, kite dewasa pun kena diingat psl ni kan...

NM02 said...

syabas cikgu maryam.. berjaya buat anak2 kecil belajar sesuatu yang baru, berguna utk masa diri mereka sendiri.

ssaya juga mahu lakukan ape yang cikgu maryam ajar itu..

... saya suker pisang... ^_"

Myra Jay said...

betul tu , kemaafan adalah yang terbaik dalam hidup :)

KC@ella said...

Nice entry, amy

Anum said...

hehehehhe
jgn simpan pisang

Noor Fatin said...

betol tu. dendam ibarat pisang :)

Rinna said...

Hmm..betul tuh tak elok berdendam lama2 nanti hati tuh jadi hitam.. kan..elok laa bermaaf²an

mamashikin said...

tu la akn kak..jgn ada dendam dan kebencian...
suka baca entri kak..

Kakzakie Purvit said...

Membenci sifat yg buruk seseorg tak apa kan asal jangan benci orgnya...

exora said...

betul tu amy...membenci seseorang boleh buat kita x tenang sebenarnya, sama la kes dendam..kita pun jd x tenteram...kena bljr redha n memaafkan, walau sebesar mana pun salah seseorang...biasa la kita manusia, maaf tu bleh..tp nak buat baik semula mcm biasa ssh la skit kan...xper, janji x dendam.

Hudalatip said...

Thank you..cerita yang sangat berkesan..

eB said...

hmmmmmmmmmmmmmm

Yasminhamid said...

assalalmualaikum... minta izin nak copy kat fb akak boleh???

Sheherazade said...

bgs sgt entry ni,thanks for sharing :)

Ibu Amani said...

nice story :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

pernah baca ttg cerita pisang ni..
like like like...

eima said...

mmg terbuka minda ...huhu

mamaijat said...

.....ada yang tersurat di sebalik nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign