Selamat Hujung minggu semua..
Baru balik makan gulai aka makan kenduri. Aduhai frust betul la makanan macam² ada tapi sayangnya aku x boleh makan. Sejak berpantang ni semua makanan yang aku suka dah x boleh makan. Rasa terseksa sangat. Apa boleh buat demi nak sihat jadi aku kena la sabar nanti dah betul² sihat makan la apa nak makan..
Ok stop cite pasal makan gulai, sekarang sambung cite pasal out staion hari tue. Last week lepas aku medical bangla, aku sempat la singgah di butik rakan ku. Kebetulan masa tue aku masih belum makan tengahari jadi aku minta la staff di butik tue untuk belikan makanan dan kami makan bersama² di situ.
Perempuan kalau dah jumpa macam² story la nak di kongsikan sehingga la terbuka cite pasal raya. Bukan pasal makan tapi pasal duit raya.Kebetulan pula masa tue aku baru dapat cek. So aku kasi la dorang seorang RM10 sebagai duit raya. Happy sangat dorang terutama sekali adik yang tolong belikan aku makanan tadi.Bila dah selesai makan aku pun minta diri untuk pulang.Sebelum pulang sempat la aku berpesan kepada rakan ku berkenaan program esok hari.
Keesokan paginya aku terima mesej dari rakan aku itu. Beliau memberitahu program terpaksa di batalkan gara² rumah bujangnya di masuki pencuri.Tapi mujurlah time pencuri masuk tue dia bersama seorang lagi rakan tiada di rumah kecuali adik yang aku minta belikan makanan tue.Semasa pencuri tue masuk rumah beliau sedang tidur nyenyak di ruang tamu. Bila dah keletihan bunyi apa pun x sedar.Sampailah pencuri itu meletakkan sebilah pisau rainbow di lehernya sambil bersuara. Barulah beliau tersedar dan terkejut melihat lembaga hitam yang di sangkanya hantu rupanya manusia.
Beliau merayu minta di lepaskan dan jangan apa² diri beliau tapi kalau nak barang berharga ambil sajalah. Sebelum pencuri itu melepaskan mangsa, beliau sempat berpesan sekiranya mangsa melaporkan kepada polis , dia akan bunuh mangsa. Lalu sempatlah pencuri yang durjana itu melarikan sebuah telifon bimbit, sebentuk cincin pertunangan dan wang tunai sebanyak rm10 yang aku berikan itu.
Kejadian di sedari oleh kedua orang rakannya apabila mereka pulang di rumah dan melihat rakannya dalam keadaan yang tidak terurus. Sehingga kini mangsa masih terkejut dan trauma. Kes masih dalam siasatan polis. Selepas kejadian itu kesemua mereka berpindah ke tempat lain.
Note: Kawasan rumah melayu tapi bila terjadi macam ni seorang pun tidak datang membantu..kalau jerit sampai keluar anak tekak sekali pun tak guna kalau orang sekeliling tidak datang menghulurkan bantuan.. sedih betul la! jenayah sekarang semakin berleluasa.tempat yang kita rasa selamat pun belum pasti selamat.jadi berhati²lah...
10 comments:
skrg mmg bahaya sbb perompak ni tak takut apa2 dan sanggup sampai membunuh. huhu
ish menakutkan. org sekarang ni sanggup mencuri tanpa memikirkan org lain. kot org tuh susah ke, kene curi gak. haish macam2 hal
jenayah x dapat dibendung lagi...jom la kita kembali kepada alquran n sunnah...huhu...
bahaya ada dimana2 kan. takut rasanya. bleh jd fobia. teruklah manusia zaman skrg (stgh). nk senang je curi. huh
mcm2 la zmn sekarang ni semoga kita dilindungi Nya..Amin
time mcm ni lah pentingnya hidup berjiran...
bahaya sungguh la skang nieh...
ish2...
makin menjadi kes samun, merompak... nak duk dlm umah pun takut tp duk kat luar pun lg seram
takutnye...huhu
Assalam Amy..lamanya tak berkunjung ke blog amy...banyaknya entry...heeee. Rumah Panglima mcm2 panglima pasang demi keselamatan.
Post a Comment