Sep 19, 2011

Glamournya Ben Ashaari dah macam artis pula

BEN ASHAARI

Selamat Tengahari...

Post minggu nie semua berkisahkan out station je. Actually banyak perkara yang nak di kongsikan sepanjang aku out station baru nie. Berjumpa dengan rakan bisness.   Terserempak dengan kawan lame yang dah berbelas tahun tak jumpa. Rumah kawan di rompak dan hampir di rogol dan macam² lagi. Jadi jangan muntah baca post aku sepanjang minggu nie ok..

Ok cerita pasal jumpa rakan bisness nie , aku agak surprise juga bila salah seorang daripada mereka mengajukan soalan tentang salah seorang blogger tersohor nie. Ceritanya bermula begini. Last week selepas selesai urusan bangla di Ipoh aku bergegas ke Kuala Lumpur untuk selesaikan bangla di sana pula. Dalam menanti bangla medical jadi aku berjanji dengan beberapa orang rakan bisness untuk berjumpa di salah sebuah old town di pusat bandar.Kebetulan semasa menunggu seorang lagi rakan dari bangi tiba, aku dengan tidak sengaja terkeluar kata. Kalau update blog sempat lagi nie! So terdengarlah salah seorang rakan bisness aku nie.Beliau merupakan anak kepada Dato' Omar.

Eh! nyonya ( panggilan rakan bisness kepada aku, sebab aku banyak mulut. Kalau start bercakap susah nak berhenti hahaha ) u blogger ke. Dengan slumber aku jawab ' blogger cikai je tapi bukan blogger syok sendiri ye hehehe'. Actually ramai rakan bisness yang tidak mengetahui aktiviti sampingan aku di dunia it nie. Kira hari tue terbocorlah rahsia.

Si mamat yang berpangkat abang bagi aku tue bertanya adakah aku mengenali Ben. Aku tanya semula Ben mane , dok mane , keje apa? Sekali dia jawab tak tahu dia duduk mane dan keje apa tapi dia seorang blogger la. Bila dia cakap macam tue dalam otak aku dok fikir Be'Ben je hehe..jangan marah ye abang Ben.Oooo.. Ben Ashaari ke! dia pula jawab ' ye kot dah lupa name penuh dia tapi blogger la. 'Ow saya kenal dia tapi dia mungkin x kenal saya' Aku tanya lagi mane dia kenal Ben, abang blogger juga ke..?? Dia jawab bukan tapi pernah jumpa dengan Ben di Klang.Terserempak dengan Ben bersama rakannya. So rakan dia lah yang cerita Ben nie seorang blogger yang tersohor.

Perghhh!!! glemer kau. Sampaikan orang yang jarang mengadap internet pun leh kenal Ben. Dasyat sungguh aura Be'Ben nie... So di sini aku ingin sampaikan salam rakan bisness aku tu pada Ben Ashaari. Saudara Shah anak kepada Dato' Omar kirim salam pada sifu , katanya dia pernah jumpa dan berborak dengan sifu di klang.. X sure aktiviti apa yang boleh terjumpa tue.Rakannya Bob kenal sama sifu..Nanti sifu flesh back la ye..

Ok bila borak punya berborak rakan yang kami tunggu tue pun tiba. Topik perbualan pun di hentikan dan masing² memberi fokus pasal bisness..Bila cerita pasal bisness tiba² terkeluar cerita pasal politik pulak yang sedikit sebanyak menjejaskan bisness kami dan terpaksa menanggung kerugian dekat 60k. Jangan main² kau aku nie aktif berpolitik taw. Kalau tak mana nak dapat projek besaw² huhuhu.. nak tahu apa story yang boleh di katakan menghentam kerajaan , nantikan di post yang akan datang.... ( kalau aku keluarkan post tue agak² kena saman tak , risau gak kerana melibatkan kerajaan huhuhu.. )




Note: Glamournya Ben Ashaari setaraf artis Malaysia pula... Tahniah Ben..





21 comments:

Ben Ashaari said...

Salam .. wah.. terharu.. tapi betul ke Ben Ashaari ? bukan Ben Affleck ?? Benjamin Nethanyahu ? Atau Ben Ten ? Bento ? mahupun Benjol ? Hehehe.. guwau jee...


Wsalam... :) terima kasih ..

Tieah Madian said...

Hehehe.. Giler tak femes.. Alaaaa kak, kalo setakat entry nak cakap benda betul, I mean pandangan kita tak salah kot.. Janji tak macam pembangkang sudahlahhhhh.. Hehehe..

yanamib said...

mmg dh taraf artis laa gitu..hihi~

Kak Amy said...

@BEN ASHAARI sama², saya cuma sampaikan salam orang je..

Kak Amy said...

@d_tieah Boleh erk!! ok nanti akak buat post tue tapi nak berlapik ayat la sebab ia melibatkan orang besaw, riso jugak huhu...

Kak Amy said...

@YanaMIB setuju dengan yana , betul la kalau x masakan orang yang x mengadap internet pun leh kenal kan...

Hanis Azla said...

popular betul Ben Ashari yer.. ramai org kenal.. good for him.. semoga bisnes amy terus success hendaknya..

munna said...

wah...glamernya abg ben tu....

ZianaRazali said...

lebih femes dari artis..hehe..citer jer..nak taw gak ni..

C`ayob.com said...

waaaaa bestnya....dekat KL...senang je jumpa kan hhuhuh....


upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...c`ayob follow sini 

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

Sunah Sakura said...

wah..orang bisnes rupanya~

Eera Shera said...

kalau org x kenal Ben Ashari rasa cm org tu ketinggalan je..haha

kurus said...

dah lah glamer .. handsome lak tuuu .. tu takkk ??? ada yg x ngaku .. sila tutup mukeee ekekeke :)

missina said...

blogger yg femes ni memg tahap artis jugkla kan sbb masing2 ada follower,,hebat2 Ben,,,

cite psl ape tu,,macam best jer,,cer citer,,;P

atiqsalleh said...

glemer la sangat...sigh!!

*tangan di dada, mata ke atas...

Hudalatip said...

kalau blogger tak kenal Ben Ashaari memang tak patut..hehe

Penyu said...

@BEN ASHAARI
poyo gile ben. hahahaha

Penyu said...

hahaha. ben? ye.. dia artis. artis yang buat entri pasal nampak bontot lipas. kahkah

ozzy said...

Assalam..

Saya berpendapat Ben Ashaari patut mengambil peluang ini utk mengembangkan empayarnya disebalik populariti yg dicapai...Jgn nak tunggu jatuh baru teraba-raba nak cuba yg lain.
Contohnya menulis novel (meskipun org lain yg tlg tulis jika Ben tiada masa & dia cuma perlu jadi editor) atau membuat apa2 bisness menggunakan jenama Ben..
Ingat!!! apabila kita berada diatas orang dibawah akan sentiasa cuba menjolok sehingga kita jatuh.

Sheherazade said...

kelass ;)

☾SHiemaCMa786☾ said...

abg beben popular ape...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign