Sep 20, 2011

Hentam kerajaan kerana menyebabkan syarikat kerugian lebih 60 ribu ringgit

Selamat Petang..

Ingat lagi tak semalam aku ada bagitahu pasal perbincangan menghentam kerajaan kerana menyebabkan company kami rugi dekat 60 ribu ringgit Malaysia , bukan dalam Rupiah mahupun Dong tapi Ringgit Malaysia. Satu jumlah yang besar tueeee. Kalau beli kereta viva dah boleh bayar cash...Kalau ada yang terlepas boleh lihat di post INI..

Ok setelah di kira , di congak, di tolak , di tambah, di bahagi, di darab dari pelbagai sudut akhirnya aku memberanikan diri untuk mengeluarkan artikel ini. Dengan syarat dari rakan agar aku jangan sesekali melibatkan pihak lain. Kalau sebut pihak lain tue , u all faham² je la. 

Apa yang aku nak sampaikan ini adalah berkenaan dengan program 6P yang di lancarkan oleh kerajaan Malaysia baru² nie. Sedikit penerangan mengenai program ini.Program 6P nie adalah singkatan bagi program Penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin.Ia adalah satu pakej program yang menganbungkan beberapa syor yang di kemukan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh kerajaan untuk memantapkan warga asing di Malaysia.6P itu pula membawa maksud kepada 6 peringkat perlaksanaan yang di gerakkan sepanjang tempoh program itu. Bermula dengan Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran.

Ok harap jelas dan u all dapat gambarkan dengan apa yang cuba aku sampaikan ini. Di sebabkan program ini, partner aku bernekad untuk menambah lagi pendapatan yang ada. Bagi setiap ejen pekerja asing, inilah waktu yang sesuai untuk membuat duit lebih. 

Selain imigresen, kerajaan juga turut melantik sekumpulan Syarikat Pengurusan untuk membantu urusan pendaftaran PATI sepanjang tempoh perlaksaan program ini.Salah satu syarikat yang sah di lantik adalah syarikat kami yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang outsorcing.

Tapi di sebabkan sikap tamak dan terlalu mengejar duit. Partner aku nie telah buat satu keputusan yang salah dengan membeli 4 buah mesin biometrik dengan harapan seorang PATI , syarikat boleh mengaut keuntungan dari 300 ke 500 ringgit. Banyak tue sapa tak nak! tapi sayangnya rakanku ini tidak memikirkan kesan dan keburukkan mesin itu.

Alasan yang di berikan untuk membeli mesin itu..

Untuk proses pendaftaran PATI, satu mesin dalam sejam boleh daftar 5 orang.Jika sehari 10 jam boleh dapat dalam 50 orang. Satu center kalau ada 10 mesin bermakna boleh buat 500 pendaftaran.Tapi rakan aku ni berpendapat cukup la dengan 4 mesin sahaja. That means, dalam sehari boleh dapat dalam 200 orang. Kalau satu PATI di charge dengan harga RM300 ke RM500 , berapa banyak keuntungan boleh dapat dalam sehari. Memang menguntungkan kan!

Setelah di buat keputusan dan mendapat bantahan dari rakan niaga yang lain.

Kami sangat membantah dengan tindakkan beliau. Itu kalau di kira dari segi keuntungannya pula tapi sedikitkan dia tidak memandang akan keburukkan mesin tue. Sebagai contoh, u all nak beli telifon bimbit. Jadi u all pergi survey di setiap kedai harga bagi model yang u all nak beli tue. Sekali ada satu kedai nie menjual dengan harga yang cukup berpatutan cuma bezanya u all kena menunggu lame sikit untuk mendapatkannya. Sudah tentu u all memilih murah tue kan walaupun terpaksa menunggu kerana barang yang ingin di beli sama je seperti kedai lain. Bezanya cuma masa..

So begitu juga dengan PATI nie mereka mesti memilih tempat yang lebih murah dan perkhidmatan yang sama.Kalau buat di imigresen baru kena RM36 dari buat dengan kami yang beratus ringgit. Jadi sepanjang program itu hanya 5 orang PATI saja yang datang di center kami selebihnya pergi ke putrajaya. Akhirnya termenung la rakan aku itu apabila kerugian lebih 60k. Now nak jual pun x guna, x de orang nak beli.

Bila dah rugi , mulalah nak menyalahkan kerajaan. hentam kerajaan cukup². Ada je pihak kerajaan tak betul. Aku tidak berpihak mane² tapi yang salah tetap salah.. ( ayat cover hahaha )



Mesin Biometrik 
-just letakkan jari di sini-

Laptop- untuk pendaftaran secara online
Kamera- Untuk menangkap gambar PATI









16 comments:

Dr K said...

Saya faham. Sebab ada kawan saya pun buat benda ni (6P). Nak untung punya pasal, memang invest beli mesin biometrik ni.

Tapi macam yg you cakap, baik mereka buat kat Putrajaya, murah!

Bila dah terduduk rugi, betul, start lah marah sana marah sini...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Salam kenal, terima kasih sudi singgah blog kak ani.

Queenie said...

tumpang baca jer...tp malas nak cuba fahamkan hehe...rasa macam heavy jer...maklum dah lama tinggalkan kerja2 opis...

~RizaL~ said...

dah tau sape yg benar kdg2 dlm dunia nie.. yg salah ditutup dan yg membanggakan digembur2 kan.. dunia2.. jom layan..
10 Jenis Hantu Melayu

kurus said...

ermm akak pun x berapa paham mende2 mcm nie .. adakalanya malas nak ambil pusing huhuh

AtieAbid said...

erm..banyak tu 60k..nak salahkan pihak tertentu pun x bleh jugak kan. sabar je la kak..

musang said...

pengalaman berharga supaya lebih berhati-hati pd masa akn dtg

exora said...

patut la ramai pati kt senawang
bln poso hari tu...pndftaran pati rupanya

ozzy said...

Assalam..

Perkara yg dah berlaku tak perlu difikirkan lagi & sikap salahkan org lain/kerajaan mmg x betul krn pembelian tersebut bukan dipaksa kan?
So..apa yg mungkin boleh dibuat dgn brg tersebut mungkin dgn membuka beberapa cawangan di tempat lain terutamanya ditpt tumpuan PATI selain dari memberi perkhidmatan bergerak melalui call contohnya dan dtg bawa mesin tersebut (kalau boleh lah)..ini cuma idea drpd dia berterusan menyalahkan org lain..darah naik duit pun habis

munna said...

hari tu munna bawa pekerja kami buat biometrik kat imigresen je...walaupun daftar pukul 9 pagi pukul 8 mlm baru no naik... sabar je lah

zulkbo said...

salam..
salah perkiraan dan strategi..
kita sepatut kaji berapa gaji
PATI tu..semuanya bukan berduit sangat,mereka pasti sanggup beratur di Putrajaya yang kos lebih murah..kalau saya pun begitu

Panglima7 said...

Assalam. Kunjungan hormat dari Panglima ..malam malam nie.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

malas nak ambik pusing hal benda mcm nieh..

Izz Latif said...

~erm~

program kerajaan tu xsalah, ada baiknya...

tp sifat manusia tu sendiri kdg2 yg buat benda jadi xbetul...

Hudalatip said...

bagus la info ni..baru faham..ermm, susah jugak kan kalau kita fikir keuntungan semata-mata..dah rugi tu camana?

Sheherazade said...

begitu,patut la ade banner ckp blh daftar sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign