Sep 22, 2011

Lawak petang : Berlagak tak kira tempat



Rosman diterima bekerja sebagai pelatih di sebuah syarikat multimedia. Selepas melaporkan diri pada hari pertama, dia masuk ke biliknya dan terus mendail.

"tolong buatkan saya kopi cepat!" katanya menengking.

"Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu dengan siapa awak bercakap ni?," kata suara di hujung talian.

"Tidak" jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan syarikat ini, awak tahu?,"balas suara itu.

Rosman terkejut. Barulah dia sedar sudah tersalah dail kerana hajatnya mahu menghubungi kantin.

"Encik tahu dengan siapa encik bercakap ni?," tanya Rosman.

"Tak...awak siapa?," tanya Pengarah Urusan itu.

"Kalau tak tahu bagus...," kata Rosman terus meletakkan gagang telefon membuatkan Pengarah Urusan itu dalam kebingungan.


moral of da story,

Jangan berlagak tak kena tempat bila baru start kerja tu, hormatlah bila bercakap dengan orang, biarlah orang tu makcik kantin sekalipun.



4 comments:

Nazz@Purple said...

betul..betul..betul..huhuhu

mizct10 said...

he..he... tol sgt..

Sheherazade said...

aduhai,hehe

ye la xkira dgn siap kena ckp dgn elok

misya said...

hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign