Selamat petang..
Hari nie agak lewat mengupdate belog, gara² ada urusan di luar sehingga terpaksa melanggar pantang.. Pantang apa nanti kita cite kat post yang lain ok!. Nie aku nak cite pasal Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Sebelum aku cite lebih panjang aku nak amek kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua.
Ok kalau baca pada tajuk confirm ada yang akan hentam aku bertubi² nie sebab slumber badak nak cakap artis kesayangan mereka macam tue. So kepada peminat yang di sana, minta baca sampai habis dulu sebelum menggodam aku dengan ayat² yang kesat. Tajuk post nampak hot tapi ia kadang² tidak melambangkan isinya juga hot. So harus di ingat dan make sure baca sampai habis...di ulang lagi sekali baca sehingga habis, ok...
Secara jujurnya aku tidak la berapa berkenan sangat dengan mereka berdua nie. Tapi sebagai manusia biasa aku tiada hak nak menghukum mereka. Walau apa pun yang terjadi antara mereka dengan artis kesayangan aku tue, aku sama sekali tidak mahu mengungkit perkara yang sudah lepas. Biarlah ianya terbukur dan menjadi kenangan buat mereka. Siapa kita nak masuk campur kan!!!
So di sebabkan itu hari ini aku terbuka hati ingin menonton drama yang di lakonan oleh memey dan norman. Berlakon dalam satu drama tau. Kalau sebelum nie ada je muka mereka berdua , aku confirm akan tukar channel lain atau tutup saja tv. X berminat nak lihat tapi tidak tadi. Sambil menikmati colek buah mak bee, aku layan tv 1 drama bertajuk GIA. Kalau ada yang tak tahu ianya di mainkan di tv 1 pukul 3.00 tadi.
Watak Gia dibawakan oleh Memey sebagai gadis kampung yang bodoh dan lembab. Gia jadi begitu dik kerana semasa kecil beliau di serang demam panas dan sawan tarik sehingga menyebabkan diri beliau tidak sempurna seperti orang lain. Norman pula memegang watak sebagai abang ipar Gia iaitu suami kepada kakak Gia yang di lakonan oleh Dinas Mokhtar.
Cerita nie agak menyedihkan sehingga sepanjang babak sedih berlangsung dengan tidak sengaja aku turut mengalirkan air mata. Part nie memang aku salute la pada memey kerana berjaya membawa watak sebagai wanita bodoh. Watak norman pula nampak baik sangat. Seorang menantu yang terlalu mengambil berat tentang mertua dan adik beradik sebelah isterinya. Kalau ada yang menonton drama nie , aku yakin pasti kalian juga turut merasa kesedihan Gia.Tahniah Memey kerana berjaya membawa watak gia. Lepas nie di harap, biarlah orang mengenali anda kerana mutu lakonan anda tetapi bukan lagi kontroversi.
Note: Pandai RTM kan menanyangkan drama ini di hari perkahwinan mereka.Tahniah memey dan Norman kerana sudah bergelar suami isteri.
24 comments:
dtg sini, dah baca sampai habis, but still, xsuka tgok norman sbb dia ceraiakn abby...
jodoh mereka kuat kan amy??
apa2 pun semoga berkekalan ke akhir hayat..
cite ulangan kak..dah tgk dah dulu. mmg ok lakonan memey tu. cian ek kat gia yang bodoh2 alang tu tapi abg die baik.
suka kat gia tp x suka memey.haha
saya pun terlayan gak cite ni tadi..mmg best..pandai memey berlakon...sedih...:(
Wat suspen je you ni tau!! Hehe..
tajuk bikin gempak je..=p
xberapa suka dia mana pn. hehe apa2 pn smg mereka bahagia sampai akhir hayat
PANDAI BERLAKON :p
lahhh.. baru engat ade kontroversi kat sini. hehe. btw, kat uni tade tv. sedeh gila !
salam..
jodoh ketentuan Allah..
semoga Allah memberkati pernikahan mereka..saya suka lihat orang gembira..khabarnya janda beliau pun dah berpasangan..anak teruna lagi..jadi tiada sebab masing2 bergembira...
saya sempat tengok citer tu tapi x habis... betul tu... memang saya juga x bape suka dengan mereka... tapi kita manusia biasa yang tak boleh nak jatuhkan hukum pada sape2... mungkin itu kesilapan lalu mereka...hurm...tapi sedih aja tengok anak2 norman...
xmiant ambik tahu hal diaorg...
citer ulangan rupanya..igtkn citer baru...tapi ending tak bestla sbb last2 gia mati..
Xminat gak ngan diorg
hehe.. xbrape suke diorg nie gak.. >_<
tajuk hot betul
akak tengok gak citer Gia ni semalam...
memang sedih, tp mcm tak mcm tak logik ibu dia tu boleh langgar si Gia...huhu.
Nak buat apa reverse semula kereta tu?????
Pas tu , naper tak tengok belakang dulu....huhu
Tahniah buat mereka berdua.
Tak tgk la citer Gia tu..
Dah jodoh mereka...kalau sudi nak join sama ke...:
http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/1st-segmen-santri-komputer-kesayanganku.html
ermm..mmg x minatla ng diorg ni..tp dah jodoh kan
heheh
xmnt mereka ber2 ni
saya tengok 30 minit terakhir..sedih citer ni..
tak penah minat diaorg ber2 ..
amy last sekali pe jd ek ..aku tak sempat tgk sampai abis enpajang ajak kuar mkn ...huhu
Post a Comment