Sep 28, 2011

Tiada sebelah kaki tapi mampu terkinja² di disko


Masyaallah dunia².. apa nak jadi la dengan dunia sekarang nie.Orang semakin meningkat dewasa semakin bijak berfikir.Ini tidak semakin meningkat dewasa semakin cetek pulak akal fikiran.Perkara baik dan buruk pun dah tak dapat di bezakan.Kalau dulu Allah beri kelemahan pada diri tapi bila dah ada peluang untuk menikmati sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya, bersyukur la.Banyakkan berdoa tapi bukan dengan berbangga dan lupa diri seperti ini.Ingat kalau Allah nak ambil balik semuanya sekelip mata je.Macam² boleh terjadi , jadi fikirkan la..

Berfikir panjang itu lebih baik dari kita berfikir mengikut nafsu dan orang di sekeliling kita.Kalau yang rapat dengan diri tue bersahabatkan syaitan jangan la pula kita pergi ikut. Pergi cari seseorang yang boleh membimbing kita.Sekali kita buat salah bukan beerti untuk selama²nya kita akan terus buat salah. Masih ada peluang lagi untuk berubah.

Serius aku sangat kesal dengan seorang rakan yang aku pernah kenal berbelas tahun dulu, yang pernah satu sekolah dan satu kelas dengan aku, sudah tersimpang jauh.Kalau dulu dia seorang yang kurang upaya, tapi tidak lagi sekarang.Kalau dulu dia tak ada rupa paras yang menawan tapi tidak lagi sekarang. Semuanya sudah berubah setelah dia menerima bantuan kaki palsu. 

Apabila sudah panjang langkahnya, imej juga perlu di ubah.Kalau dulu muka gelap dan kusam tapi tidak lagi sekarang.iyelah dah banyak produk pemutihan kan! Kalau dulu tudung tak pernah lekang di kepala tapi kini sudah hilang entah ke mana.Rambut yang di tayangkan di warnai untuk menampakan diri lebih seksi.Zaman sekarang segalanya boleh di ubahkan. 

Iyalah time susah dulu ingatlah Allah tapi sekarang bila dah senang segalanya lupa.Kalau dulu halal haram tahu di bezakan tapi sekarang semuanya di ketepikan.Iyalah dah jadi diva kan.Muka dah cun, kulit dah gebu, badan dah solid , dah pandai bergaya  dan kaki pun dah ada. So apa la yang nak di risaukan.Kalau dulu siang malam menangis mengenangkan nasib kerana di lahirkan kurang upaya tapi kini apadahal..jangan kata melangkah , melompat dan berlari pun dah mampu..

Tue la manusia mudah lupa.Bila rasa diri dah sempurna mula lupa pada yang satu. Mungkin hari ini gilai ramai lelaki tapi pernah tak terfikir kalau satu hari nanti Allah tarik balik segalanya.Time tu baru nak meraung.Sepatutnya bersyukur la bila dah ada kesempatan hidup normal seperti orang lain.Kalau tak ingat jalan ke masjid pun tak apa tapi cukuplah dengan mengingati tikar sembahyang dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah tapi bukan di tempat syaitan tue.Terkinja² macam beruk.. berpeluk²an sambil menikmati air kencing syaitan tue.Subahanaalllah semoga sahabat ku ini akan kembali ke pangkal jalan...


Note: Kalau di fikirkan balik biar dia hidup tanpa sebelah kaki dari ada kedua²nya.Tengok la bila ada kedua kaki lain pula jadinya..rosak akhlak betul la....




6 comments:

dwatyKNY said...

ni barula namanya... tak sedar diri... semoga dia diberikan hidayah...

eima said...

dasat betul dunia skrg ni kan..dulu tak leh nk merasa ...

Akak Kembang said...

begitulah lumrah kehidupan my..time susah selalu ingat Allah..bila senang mula lupa Allah..ada hukum karmanye nanti ...

Kakcik Seroja said...

Semoga sinar hidayah kembali menerjah hatinya. Amin.

ozzy said...

Kalau jenis tau bersyukur mungkin dia x kan jadi mcm tu tapi mungkin dia teringin sgt nak menikmati syurga dunia yg x pernah dirasa sblm ini..

Sheherazade said...

doa semoga dia insaf

semoga kita dihindari dr perbuatan sebegini,Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign