Sep 26, 2010

GAYAH GEBU..GHAIRAH CARI RATING



HEBAT sungguh artis yang tak berapa popular ini. Ingatkan dah sedar diri, tetapi tak sedar juga rupa-rupanya. Tak habis-habis buat hal, asyik nak belasah isteri saja kerjanya.


Hmm... apapun, Gayah tetap mendoakan yang terbaik untuk artis itu. Barangkali ada hikmah di sebalik semua kontroversi membabitkan dirinya sebelum ini.

Moga mendapat hidayah untuk dia benar-benar berubah. Perjalanan kau masih panjang dan mungkin dengan hidup solo, akan timbul keinsafan di dalam diri.


Itu saja harapan Gayah. Selebihnya, terpulang kepada empunya badan. Kalau sampai ke tua kau nak berperangai tak senonoh, suka hatilah sebab ada Gayah kisah?

Selesai satu hal, Gayah nak bebel mengenai hal lain pula. Ini berkaitan stesen radio yang mempunyai segmen ‘mengenakan’ pendengar menerusi panggilan telefon.

Bukan Gayah nak kata tak boleh buat benda itu, tetapi berpada-padalah. Apa yang Gayah lihat kadangkala ada juga yang boleh dikatakan keterlaluan.

Tak perlulah Gayah beritahu satu persatu sebab itu bukan kerja Gayah. Carilah sendiri apa yang Gayah ketengahkan. Gayah tak ada masa nak sebut di sini. Ingat Gayah tak ada kerja lain?

Tolonglah buat tapisan terlebih dulu. Pilih permintaan pendengar yang tidak keterlaluan. Tanya pendapat pihak yang arif sebelum membuat panggilan dan menyiarkan perbualan yang dirakam.

Bukan apa, kita bukan tahu tahap sensitif orang lain. Ada yang tidak kisah jadi bahan gelak dan ada pula yang tidak boleh terima jika menjadi bahan gelak ketawa orang lain.

Bayangkan perasaan individu yang terkena itu saban hari menjadi bahan gelak penduduk di negara ini. Kalau isunya remeh tidak mengapalah, tetapi jika membabitkan maruah, tidak patutlah.

Gayah bukan apa, Gayah nasihat saja. Sekali lagi Gayah tidak kata segmen seperti itu tak boleh dibuat, tetapi berhati-hatilah. Jangan kerana terlalu ghairah untuk meraih ‘rating’ tinggi, main belasah saja.

Mula-mula orang sukalah, tetapi lama kelamaan boleh juga jadi menyampah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign