Sep 30, 2010

Oh Komanwel..



Sukan Komanwel 2010 akan bermula 3 Oktober sehingga 14 Oktober ini. Aku harap agar semua berjalan lancar la.. Bukan apa.. tinggal lagi beberapa hari je lagi untuk berlangusung tapi banyak berita yang kurang enak kita dengar mengenai persiapan tuan rumah kali ini..

Harapan aku agar tuan rumah dapat membuat persiapan yang terbaik untuk kejohanan besar ini. Imej tuan rumah agak tercalar dengan berita seperti jambatan runtuh, tahap keselamatan sepanjang kejohanan, keselesaan dan kebersihan perkampungan atlit.. sekadar menyebut beberapa perkara.. Aku berharap juga para atlit negara kita tidak terjejas dengan keadaan yang berlaku.

Wahai atlit-atlit negara.. ayuh.. pergilah ke sana sebagai seorang pejuang dan pulanglah sebagai wira yang sebenar.. Lupakan seketika soal kesusahan.. tunjukkan bahawa dengan serba kekurangan kita boleh.. MALAYSIA BOLEH.. hehehe semangat.. Ingat.. hangpa semua p sana bukan untuk melancong k.. Hangpa p sana untuk menaikkan martabat maruah bangsa dan agama..

Doa aku untukmu MALAYSIA.. semoga kita beroleh kejayaan.. AMIN...

3 comments:

Kak Amy said...

Malaysia Boleh......

eelobor said...

Malaysia serba boleh...mereka pergi sebagai pejuang yg di sumbangkan oleh cukai dari rakyat sebanyak RM144 juta walau masih ramai lagi merempat, berlapar, miskin tegar, kutu rayau dsb

mrnoble said...

Malaysia Boleh!
pelik la camne india bleh dpt hak penganjuran, padahal ramai org komplen dgn keadaan di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign