Oct 11, 2010

BIARLAH APA ORANG NAK KATA???



Ini adalah antara soalan favorite orang ramai kepada aku setelah berumahtangga. Orang-orang di sekeliling, kawan2, malah keluarga sendiri pun ada yang bertanya ;

'
masak ke?? ke makan kat luar je??'

Dan bila kita jawab, kata kita masak. Sesetengah dari orang yang bertanya akan memberi respon
'rajin betul, berdua pun nak masak, nape tak makan luar je' Habis tu, nak tunggu isi umah dah jadik 5,6 orang ke baru nak masak?? Hangin lak rasa, aku rajin nak masak bagi suami makan kena komen, kang aku bertukar jadik pemalas kang, kena kutuk pulak. Pastu bila tahu hari keje pun aku rajin nak memasak, balik-balik keje terus masuk dapur, kuar lak reaksi 'takde anak lagi, rajin lah ko
' Tak baik sungguh kau doakan aku begitu tau. Patut ko doakan aku terus rajin dan skill memasak semakin mantap. Ni kau harapkan yang mcm tu pulak. Jangan lah marah kalau aku rajin, kau 'kurang rajin' dan lebih suka membeli.

Masing-masing punya suka lah...

Tahu tak, salah satu yang seronok pasal perkahwinan adalah kelebihan boleh memberi suami makan *
hingga kenyang dan mengalami sindrom kebuncitan* (tapi perut en.hubby maintain)dengan masakan sendiri. Dan lagi seronok bila suami rajin sama-sama duduk kat dapur tumbuk lesung batu buat sambal belacan.Opss..aku sendiri x pandai buat sambal belacan..hehehehe! Masa bujang mana merasa smua tu.. dah kawin ni lah nak rasa pun. Kalau dok keje makan luar gak lagi, dok singgah mamak balik keje *mcm zaman2 bujang dulu* kang kalau sampai suami terlupa 'eh,aku ada bini rupanya..
' jangan nak menangis meraung tak tentu pasal..
Dan mesti semua pernah dengar/baca kan '
Nak tawan suami, tawan perut dia dulu
' Hah, kenalah tawan dengan masakan sendiri kan, tak kan nak harap mamak tu pulak buat untuk kita. Kang kalau dia jatuh hati ngan mamak tu?? Tak pasal-pasal je...

Biar masakan tak setaraf chef *
dan harus tak boleh lawan masakan mak kite
* tu semua tak jadik hal. Kebanyakan suami tak kesah pun, asal perut dia kenyang makan sama-sama masakan isteri. Pastu sama-sama kemas dapur, tak ke makin menjamin kerukunan rumahtangga tu. Kita pun hati rasa lega je tengok suami depan mata. Lagipun, kalau sendiri yang masak, kan terjamin kebersihan dia. Bahan-bahan yang kita guna. Kat kedai tu ajinomoto je lebih. Dan kalau dikira-kira, masak sendiri lagi menjimatkan ok. Kos 4 kali, 2 orang makan kat kedai, sama dengan kos seminggu punya makan masakan sendiri kat umah tau. Banyak tu beza dia..

Dan lagi, katanya makan masakan isteri boleh membuat suami bertambah sayang kat isteri. Ada yang tak setuju??

Arrgghh, biar pe orang nak kata, aku suka nak masak kat umah. Pantang tengok lauk dalam fridge nak habis, awal2 dah pesan kat en.hubby. Bila rasa nak makan kat luar pun, rasa macam '
tak yah lah, makan kat umah je lah
' Lagi2 kalau setakat makan benda yang kita boleh buat, lain lah kalau dia nak makan western kan, yang tu mmg mengaku kalah lah. Yang tu tak menuntut ilmu habis lagi. Mungkin sengaja sebab takut lemak tepu akan semakin membiak kat badan ni.

Selagi mampu, seboleh-bolehnya masak sendiri. Biar simple pun..sebab bila tanya kat dia '
nak makan pe??' tanya mcm reti je nak sediakan semua, kang dia sebut yang pelik2 teruatama makanan pantai timur, tergagau bukak laptop meng'google semua. Tapi dia jawab 'pape lah ma, papa makan je
' Ohhh, i luv u lah..

Nanti kalau dah start pening2, nampak kuali pun rasa mual, time tu baru lah boleh mintak time-off..skrg ni, selagi berdaya... masak lah sendiri bagi suami makan...

9 comments:

Lady of Leisure said...

hehe tertarik nak komen... i pun masih berdua tapi i masak untuk suami, kepuasan bila tgk suami makan masakkan kita tu tak ternilai kan.. :)
orang yang mengata tu jeles agaknya sebab dorang malas masak kot kikiki..

Ayu said...

(",) sokong u..rasa bangga leh memontelkan pipi suami ngan masakan sendiri..

Shafa said...

sangat setuju! masak sendiri di rumah lebih banyak kelebihannya daripada mkn kat luar. makan air tangan isteri sendiri baru suami makin sayang...

Kakcik Seroja said...

Setinggi mana pun pelajaran atau kedudukan seorang isteri, adalah lebih afdal baginya untuk menyediakan makanan suami dengan tangannya sendiri - walaupun hanya sesekali (dari tak masak langsung). Itu pendapat kakcik, lah. :)

ozzy said...

salam..
setuju sgt tu Amy..sebagai suami pasti seronok dgn masakan isterinya walaupun x sesedap mcm di kedai..yg penting kita tahu tahap kebersihan & bahan yg isteri kita gunakan dan isteri kita juga tahu itu adalah tanggungjawabnya bukan hanya memberi dgn perbagai alasan.

Kaseh NazLieza said...

setuju..lieza wlupun bkerja pon stil masuk dapur after office hour...wlaupon dh ader ank haruslah tgjbw xdilupakan..lgpon biler tgk suami mkn mknn yg kita msk smbil memuji2 kesedapan nyer..itulah nikmat rumahtngga yg xternilai..ehehehe..semakin hari semakin sayang...=))

Sarah Syazwani said...

setuju sangat2...even kita bekerja x salah pun masak untuk suami..hilang penat tgk suami makan walaupun hanya masakan yg simple2

ainihussin said...

2 r psl kan?bile tnye 1 soklan kang berkait 1 soklan lagik..mcm2 hal org kite nih!!hehe~

echah_syed said...

betul tu amy..nak tawan suami mesti masak kat rumah sbb air tangan kita dgn doa ketika memasak membuat suami suka melekat dirumah.insyaALLAH petua dari mak combi.

combi dah 25 tahun berkawin...alhamdulilah hubby memang suka mkn kat rumah melainkan bila terasa nak mkn western,tosei,nan ataupun ketika hari-hari yg istimewa seperti annivesary,birthday dll seperti kata amy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign