Oct 24, 2010

MACAM MANE NAK TAHU LELAKI ROMANTIK


Salam...

Lelaki melayu tak romantik .. iye ke??

Kena lah kenal pasti dulu apa kriteria 'lelaki romantik' tu.. apa yang dia kena buat untuk melayakkan diri untuk masuk kategori 'Lelaki Melayu Romantik' Kalau nak tetapkan standard kenalah ada garis panduannya kan. Tak boleh lah main hentam je. Asal tak kena ngan citarasa, terus kata 'issskkk, tak romantik langsung'

Kalau lelaki melayu tak romantik, lelaki bangsa mana yang romantik??

Dan aku nak tanya satu soalan 'camne nak tau lelaki tu romantik??'

Pandai memujuk bila kita merajuk??
Ohhh, kalau gitu harus suami aku di beri kredit. bab memujuk bini dia merajuk ni superb beb . Tambahan pulak kebelakangan ni , murah hati sangat. Bila bini dia jadi makin kememeh, sikit2 nangis, kena tegur sikit monyok, pastu bila dah malu sendiri, masuk bilik, tekup muka ngan bantal pastu meleleh lah air mata. dia datang memujuk sambil usap-usap sikit rambut. Suruh bini dia berhenti menangis. Bukan aku tak nak stop lah, tapi aku malu sebenarnya...heheheheh(",)...

Pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata.
Sweet talking... sape tak suka kan.. dihujani dengan kata pujian setiap masa. Asal masuk kete 'mama nampak cantik sgt hari ni ' Ohhh, sah hati berbunga-bunga dan kembang setaman sentiasa. Memang jadi idaman lah. Tapi bagi aku, aku tak harapkan sgt dia memuji. Kalau dia memuji pun aku akan macam 'nada pape ke nie kenapa??' *walau dalam hati ada skit rasa gembira* Sambil tengok muka dia tggu dia reveal kan perkara sebenar, paling pun dia akan kata 'alah..puji bini sendiri pun tak bleh' apa yang aku lebih harapkan dari dia adalah kami ada topik perbualan yang boleh diborakkan sepanjang masa. Kemahiran komunikasi dia lagi aku pentingkan. Bila dia tak sentiasa setuju dgn apa yang aku katakan. Ada je nak kami perdebatkan. Itu yang aku suka. Macam tu baru lagi romatik. Tak lah nanti asyik membisu je.

Sikap yang mengambil berat dan penyayang
Yang ni memang kualiti yang dicarik-carik.. Sape tak mahukan lelaki yang mengambil berat pasal diri kita. Sentiasa dulukan kita dari lain-lain benda. Nak buat apa smua pikirkan kita kan dulu. Tipulah kalau kata tak suka.

Apa lagi yang membolehkan seorang lelaki tu dikatakan romantik?? *pikir..pikir*

Bila dia sentiasa kaya dengan surprise?? Bila tiba-tiba ada org dtg opis antar bunga ngan coklat kat kita?? Bila balik umah, masuk bilik tgk ada kotak hadiah atas katil?? Memang seronok beb kalau dpt smua ni. bab atas katil dan bunga tue aku dah merasa cume coklat x mungkin kot sebab sebelum dia bagi kat aku , dia dulu sental bagi habis..gile coklat la katakan..(",) Tapi kalau takde smua ni, tak romantik ke dia?? Tapi kalau dah tu penanda aras yang kamu letak.. tak romantik lah dia. Tapi kalau bukan itu yang kamu perlukan.. maka romantik lah dia. sowie erk kalau pening dengan ayat aku...

Kesimpulannya, terserah kat diri masing-masing.

Tapi bagi aku, romantik tu bonus. aku lebih perlukan dia yang lebih bertanggungjawab. Yang sentiasa utamakan keluarga dari benda lain. Yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga dia. Tak romantik pun takpe *tp kalau ada lagi bagus* tapi kualiti kat atas tu kena ada.





tak romantik takpe, tapi selalu2 lah bawak i jalan-jalan. next year ye sayang.

11 comments:

Aida Azryn said...

Wah~ Suka entry ni~ hihi~ :D

atuk said...

Assalamualaikum Amy

moga dapat bonos selalu

Wassalam

nerves said...

<<xtau romantik ker tak...xde awek lagi-_-''

hee...

T.A said...

hehe..

Lelaki romantik??Asal dia x kentut busuk n kuat-kuat depan I..ehe..

Mizz Waa said...

hehe i likeee~

ibuintan said...

romantik lah dah tu,setiap lelaki ada romantiknya yg tersendiri...hehehe

ZaidFirman said...

lelaki yang romantik bukan sahaja terletak pada pemberian hadiah atau wang ringgit atau rajin membuat kejutan, malah...

cara layanan, cara membelai dan cara percakapan juga merupakan salah satu impak besar yg mempengaruhi keromantikan nya..

thanx for follow mine, follow urs now..

:)

*∽ IZAN ∽* said...

salam kenall... thanks a lot for visiting my blog :D.

Lelaki romantik..? aha.. bila dah jadi suami.. ingat tanggungjawab pada isteri dan anak-anak.. ingat hari-hari penting dalam keluarga tu pun dah kira romantikk! samala.. tak harap kata-kata romantis... kadangkala perbuatan & perhatian membuktikan segala..! hu hu

Tieah Madian said...

Sangat menarik..
Erm, xde psgn lg ni..
Uwaaaaaaaa..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

x romantik pon x per..yg penting is caring kan..hehe

picca tu tgk..uols romantik ye..hehe

aienda said...

kak...

i wish 1 day i'll have a good n romantic person!! i envy u la sis..!

haha..

but.. alhamdulillah.. these few days ain dpt mengenali seseorg yg btol2 sekepala.. same angin.. same bulan.. ngan ain.. haha

doakan smoga kami bagie ye kak!
n i'll prays for u both!!~ <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign