Morning all...
Pagi nie kepala aku ada sedikit tintong coz semalam tak cukup tido.Tak tahu kenapa tiba-tiba terjaga , mata terus tak boleh pejam sampai la ke pagi. Nie semua gara-gara mimpi yang menakutkan aku malam tadi. Padahal ia sekadar mainan tido je tapi aku boleh amek serius sampaikan masa breakfast tadi aku sempat story dekat en.hubby pasal mimpi aku.En.hubby just jawab aku terlalu banyak fikir sebab tue sampai terbawa dalam tido.Tapi bila aku story dekat member pula , member aku jawab mimpi aku tue mungkin berganti nyawa..perghhhh!!! Lagi buat aku takut.
Actually malam tadi aku ke klinik untuk membuat check up berkenaan Cik P aku yang sudah kelewatan . So selepas di periksa kebarangkalian tue ada tapi doktor minta aku buat pemeriksaan 2 minggu lagi.Tak kisah la , kalau ada alhamdulillah dan kalau tak ada pun aku terima. Aku tak nak mengharap sangat sebab aku tak nak kecewa seperti sebelum nie. Tapi sedikit sebanyak kata-kata doktor tue membuatkan aku bersemangat.
So on the way balik rumah tue aku bersuara dekat en.hubby..' Mama rasa percutian kita ke Holland mungkin perlu di tangguhkan dulu coz kalau orang nak mengandung tak boleh naik flight kan sebab tekanan udara kat atas tue tak baik untuk kesihatan'. En.hubby just jawab ok papa ikut je. So sebelum tido seperti biasa aku akan buka lappy dan skodeng di SR tapi malam tadi en.hubby pulak tak tengok tv dan nak guna laptop.Selalu mesti berebut dengan dia , aku sibuk nak tengok blog dia pulak sibuk nak main game.Yang peliknya komputer ada tapi masing-masing tak nak guna sibuk dok berebut laptop nie..Di sebabkan tak dapat mengadap lappy aku pun tido la awal.
Tengah dok lena di buai mimpi tiba-tiba aku terjaga. Uishhh!!! apa aku mimpi nie.. En.hubby bagi aku sepasang kain putih dan berkata kepada aku ' mama jaga diri tau papa sayang mama dunia akhirat' Aku yang dengar kata-kata tue terus menangis dan berkata ' mama tak nak pergi jauh mama nak duduk dekat dengan papa' Lepas pada tue terus terjaga dan sampai la ke pagi nie tak boleh tido.OMG! serius mimpi nie bertul-betul menakutkan aku.. Harap ianya hanya mainan tido je dan apa yang member aku cakap tue tak benar..Serius tak suka mimpi yang bukan-bukan tapi kalau mimpi yang indah-indah tue confirm berbunga-bunga hati aku.Korang pernah mimpi macam nie tak??